BN Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zaid
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tuduhan yang dilakukan oleh calon PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat.
Malah, katanya dakwaan itu adalah sebaliknya kerana berdasarkan pemantauan sepanjang pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, pembangkang dilihat 'membeli undi' apabila mengagihkan RM200 kepada pengundi serta barang-barang makanan, beras dan sebagainya.
"Saya hairan kenapa mereka sanggup menuduh kami yang melakukan perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Mereka yang mengagihkan wang, dikatakan kita yang mengagihkan wang.
"Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi untuk mengundi mereka sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah, dan berkata bahawa kalau mereka (PKR) kalah, borang 5A ini akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat. Bukankah itu merupakan satu sogokan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata, Zaid dan pakatan pembangkang seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu dan menolak PKR sebagai sebuah parti yang boleh membela nasib rakyat di Hulu Selangor.
Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam, calon BN P.Kamalanathan menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, Umno Bahagian Bukit Bendera perlu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) ekoran peletakan jawatan anggota exco bahagian berkenaan.
Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas itu akan ditentukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Berdasarkan perlembagaan kami, mereka perlu adakan EGM kerana apabila dua pertiga anggota exco bahagian meletak jawatan, EGM Baru mesti diadakan," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, pihak pengurusan akan mempertimbangkan sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap Johan Md Diah, yang pada mulanya menawarkan diri untuk bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tetapi kemudian menarik diri.
"Kita sedang melihat perkara ini kerana pada mulanya dia (Johan) hendak bertanding dan kemudiannya tarik diri. Dia sudah tarik diri, kita akan pertimbangkan dengan sebaik mungkin, barangkali kita gantung dia sekejap," katanya.
Johan yang juga anggota jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, sebelum ini bertanding atas tiket Bebas bagaimanapun, menarik diri dua hari selepas penamaan calon pada 17 April lepas. - BERNAMA

No comments
Post a Comment