Forum Perdana tampilkan Mantan Mufti Perlis

Oleh Ahmad Hasanain

Mantan Mufti Perlis

KOTA BHARU, 27 Apr – Ekspo Pertanian yang akan bermula hari ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV selama lima hari sehingga 3.Mei ini akan diisi dengan pelbagai pameran dan maklumat terkini dalam sektor Pertanian, Penternakan dan Perikanan di negeri ini.

Menurut Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri Mohd Anas Karimi Mohd Thani, pelbagai program sampingan juga diadakan.

Sementara itu orang ramai juga dijemput untuk menyaksikan Forum Perdana yang akan diadakan pada hari Khamis ini 29.April Jam 9 malam bertempat di Dataran Warisan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Menurut Anas lagi, Forum Perdana tersebut akan menampilkan dua tokoh terkemuka iaitu Mantan Mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS) Datuk Dr.Johari Mat.

Forum Perdana malam tersebut akan di pengerusikan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan bekas pensyarah di KIAS Ustaz Ahmad Fadli Saari dan ahli Panel akan mengupas tajuk Islam sebagai Ad-Din.

Pihak penganjur berharap orang ramai dapat meluangkan masa bagi sama-sama menghadiri Forum Perdana tersebut bagi meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan dengan ilmu agama.

No comments

Powered by Blogger.