Jangan diskriminasi bantuan
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam meminta agensi Pusat tidak mendiskriminasikan rakyat Kelantan dalam menentukan agihan subsidi atau bantuan dari Kerajaan Pusat.
Menurutnya, adalah malang sekiranya bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang berhak di negeri ini ditentukan berdasarkan fahaman politik UMNO atau Pas.:
“Saya mintak pihak kementerian jangan diskriminasi bantuan, jangan pecahkan Melayu Pas tak boleh baja dan subsidi. Ini kecelakaan pemikiran orang Melayu.
“Dah tahu orang Kelantan ini Islam dan Melayu, buat apa kita buat program tetapi pihak atas membezakan-bezakan orang Melayu dan Pas. Sampai bila nak berjaya?” katanya selepas ditemui merasmikan Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2010, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan agensi pertanian.
Ekspo yang bermula semalam dan berakhir 3 Mei itu disertai pelbagai agensi dari Kerajaan Negeri dan Pusat.
Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, beliau bersedia untuk menambah peruntukan dalam bidang pertanian setelah melihat komitmen dan sambutan memberangsangkan daripada rakyat.
Katanya, peruntukkan tersebut mungkin dari bentuk bantuan baja organik yang manfaat kepada petani sekali gus meningkat hasil pengeluaran pertanian.
“Kita boleh menambah peruntukan kerana peningkatan sambutan dari rakyat, bantuan tersebut mungkin dari baja, penggunaan baja organik menambahkan bertambah selain menyelamatkan alam sekitar,” katanya.
Dalam pada yang sama, Nik Aziz berkata, pihaknya sedang berusaha untuk meningkatkan pelaburan di Lojing dalam usaha Kerajaan Negeri memesatkan lagi bidang pertanian di negeri ini.

No comments
Post a Comment