Lima faktor BN menjadi, kegopohan pembangkang makan diri — Kamal Ahmad
[Pemenang PRK Hulu Selangor, Kalamanathan (tengah) bersama Najib and Muhyiddin (kiri). — Gambar fail] 27 APRIL — Keputusan majoriti 1,725 undi yang diperoleh P Kamalanathan menewaskan personaliti “heavy weight” dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, adalah kemenangan manis buat Barisan Nasional (BN).
Kemenangan itu berlandaskan sekurang-kurangnya lima faktor iaitu kesepaduan jentera BN dan Umno; peranan Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; penerimaan terhadap dasar utama negara khususnya gagasan 1 Malaysia; kefahaman dan penerimaan pengundi Melayu mengenai kepentingan bersikap adil kepada semua kaum dalam perkongsian kuasa serta faktor calon.
Mewujudkan “command centre” atau “war room” sangat berkesan untuk menyelaraskan gerak gempur keseluruhan jentera yang membabitkan Umno Bahagian, Umno negeri selaku bapa angkat kepada Umno cawangan, gerakan sayap parti – Wanita, Pemuda dan Puteri serta koordinasi mantap antara komponen parti khususnya Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Kehadiran Najib pada hari terakhir menjelang 25 April sejurus pulang dari Tokyo turut membakar semangat dan keyakinan jentera. Beliau berasa bertanggungjawab untuk bekerja keras bagi memenangkan Kamalanathan ketika berdepan “ayam jago (jantan)” pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain jentera, kedua-dua pemimpin itu turun padang untuk berceramah, melakukan “walkabout” dan beramah mesra dengan akar umbi. Ternyata kehadiran Najib contohnya di beberapa Felda membuahkan tuaian lumayan buat BN. Ini apabila difahamkan pengundi di Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Felda Soeharto, Gedangsa dan Kampung Sungai Buaya menyumbang tambahan 1,029 undi.
“Perdana Menteri turun padang sebab beliau adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, bukan tidak percaya kepada Muhyiddin,” kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Gagasan 1 Malaysia dipersembahkan dalam kempen BN dengan pendekatan sangat menarik, mudah difahami dan dipaparkan di mana-mana saja, termasuk melalui logo, poster, pakaian mahupun ucapan.
“Ada kefahaman majoriti hampir 53 peratus pengundi Melayu di Hulu Selangor terhadap kepentingan bersikap adil kepada semua kaum dari segi pembahagian kerusi. Orang Melayu hendak calon Melayu. Jika Perdana Menteri letak calon Melayu, mungkin kita menang besar.
“Tetapi kita mengorbankan perkara itu kerana untuk bersikap adil kepada semua kaum. Makna adil di sini ialah 53 peratus pengundi Melayu mendapat dua kerusi (Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam dan Batang Kali), 26 peratus Cina mendapat satu kerusi (Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bahru) dan 19 peratus India memperoleh satu kerusi (Parlimen Hulu Selangor).
“Orang Melayu memahami perkara itu dan ini menyumbang kepada kemenangan BN. Jika mereka tidak faham atau tidak mahu faham, kita tidak menang,” katanya.
Faktor kelima pula ialah calon – Kamalanathan, yang berjaya bertemu dengan seberapa ramai pengundi. Beliau pandai membawa diri, selain anak tempatan dan fasih berbahasa Melayu. Kebetulan personaliti Kamalanathan diterima akar umbi dengan gelaran “Kamal”, “Nathan” dan “Alan” yang melambangkan 1 Malaysia.
Menggelarkan Kamalanathan sebagai “giant killer” mungkin keterlaluan. Tetapi kemenangan bertanding di sebuah negeri pembangkang dan Parlimen Hulu Selangor yang pernah diwakili pembangkang mencerminkan sokongan akar umbi yang semakin baik terhadap BN. Kegopohan mahu menambat hati Zaid dan menjadikan peguam itu sebagai “panglima perang” akhirnya menyaksikan kecetekan kira-kira dalam percaturan politik Anwar.
Kekalahan itu memberi impak besar kepada PKR. Ini dibuktikan apabila majlis Zaid untuk “memujuk dan menenangkan” penyokong cuma dihadiri kira-kira 200 ahli tegar berbanding malam ketika pengiraan undi yang penuh dengan “jerit, sorak dan kata-kata propaganda” oleh kira-kira 1,000 penyokongnya.
Zaid juga pasti dituduh punca PKR hilang satu lagi kerusi di Dewan Rakyat. Kekalahan Zaid turut memberi kesan buruk kepada pemikiran strategik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, selaku ketua PKR di Selangor.
“PKR mengalami kekalahan moral begitu besar. Ini akan menyaksikan lebih ramai pemimpin PKR hilang keyakinan kepada Anwar dan parti itu. PKR akan berdepan satu masalah besar. Zaid juga akan berdepan kemungkinan karier politiknya berakhir kerana kalau ada pilihan raya kecil yang lain, tak mungkin dia akan dicalonkan lagi. Tak mungkin nak calonkan orang yang sudah kalah, orang lain pun akan bising dan marah.
“Untuk menunggu pilihan raya umum akan datang pula masih lama. Pada masa itu, kedudukan PKR pun mungkin terlalu lemah,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Sementara itu, Anwar tidak akan jemu-jemu melakar mimpinya. Beliau yang dipetik daripada laporan media baru berkata: “Marilah kita terus melihat ke hadapan bagi satu lagi pertandingan dan bekerja untuk membawa perubahan kepada Sarawak.” Apakah Anwar dan PKR akan berhempas pulas untuk memenangkan calon DAP di Sibu?
Apa yang pasti Parlimen Hulu Selangor menyaksikan tiga anak Ibrahim kecundang. “Dia (Zaid) harus terima (kekalahan),” kata Kamalanathan sambil menegaskan beliau akan bekerja keras menyenarai dan menyelaraskan semua janji BN dalam kempen untuk dilaksanakan.
Memetik kata Zaid dalam satu wawancara buletin propaganda PKR di Hulu Selangor: “Saya ada sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam isu yang penting. Jadi tak rugilah jika masuk Parlimen. Pertamanya saya tak lompat parti. Kedua, saya buktikan saya tidak takut kepada sesiapa jika saya betul. Dalam soal dasar, saya tidak akan lari dari perjuangan.” Malangnya percubaan pertama untuk masuk Parlimen terkandas di Hulu Selangor dan cita-cita beliau mungkin berkubur di situ. — Berita Harian

No comments
Post a Comment