Anda Ingat Lagi Mamat Yang Terima Hadiah Penyapu Dari Khir Tolol?

Tukiman Menyokong Penuh Program MES

Dari TV Selangor

Yang Dipertua Majlis Hulu Selangor yakin Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor mampu mencapai matlamat memandu ekonomi negeri kepada ekonomi bertunjangkan dasar pro-rakyat.

Tuan Tukiman Nail menyanggah tuduhan pihak tertentu yang mengatakan MES telah gagal dan berkata dasar besar seperti ini memerlukan masa dan kecekalan untuk berjaya.

Dalam masa sesingkat dua tahun sahaja, Tukiman berkata telah pelbagai perubahan terpakai hasil program MES.

“Dorang dah boleh terima maknanya perubahan macam saya sebut tadi, skim-skim merakyatkan ekonomi dibuktikan benda ini, dan kita kena ingat benda ni baru 2 tahun, yela manusia ini kadang tak boleh menilai hanya setakat 2 tahun sahaja, tapi tula kerajaan negeri sekarang tak boleh berhenti setakat apa yang ada”

Beliau memberi petunjuk bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk memperluaskan lagi MES mencakupi setiap aspek kehidupan rakyat.

“Saya tengok pun MB dia cadang untuk perkembangkan apa faedah-faedah lain yang boleh dinikmati oleh penduduk, kalau dapat dilaksanakan so maknanya ia meningkat, tahun yang ketiga dia meningkat, tahun yang keempat dan seterusnya.

Tukiman menyifatkan projek-projek yang direncana dibawah MES meletakkan matlamat jangka panjang dan bukan keuntungan singkat dan pantas.

Menyifatkan perancangan kerajaan negeri sebagai berwawasan, Tukiman berkata antara yang paling menarik perhatian beliau adalah Projek Pemulihan Sungai Klang.

“Saya sendiri pun tak dapat nak gambarkan vision MB macammana dia nak majukan Sungai Klang tu, tapi saya nampak benda tu logik, yela dia amik contoh Korea, dia ambil contoh tempat-tempat lain, memang boleh buat, dia ambil contoh Singapore pun negara yang dekat dengan kita”.

Nota admin: Untuk rekod YBHG Tuan Tukiman adalah merupakan YDP Majlis Daerah yang dihina dan dimalukan oleh pentadbiran kerajaan UMNO, melalui penganugerahan penyapu sebelum mac 2008.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

azman kamarul said...

Salam takziah untuk umno dan pimpinannya.....pru 13 PR akan menambah kerusi di Selangor..insyaallah.

Powered by Blogger.