DAP berunding dengan PKR mengenai calon di Sibu

SIBU 11 April - DAP akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini malam ini untuk mencapai keputusan berhubung calon pakatan pembangkang bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng berkata, hasil perbincangan itu akan hanya diumumkan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke sini pada 18 April.

Beliau menafikan laporan akhbar hari ini yang memetik Dr. Wan Azizah sebagai menegaskan bahawa partinya perlu dibenarkan mewakili pakatan DAP-Pas-PKR itu.

Wong berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin DAP setempat yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Kidurong, Chiu Ching Sing.

Beliau turut membacakan kepada pemberita mesej khidmat pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya oleh Dr Wan Azizah bagi memperjelaskan laporan akhbar itu yang menurutnya telah diputar belit. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.