Isu APCO Ancam Keselamatan Negara Ke YDP Agong
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 5 April - 20 Ahli Parlimen PAS hari ini menyerahkan memorandum berhubung isu APCO dan kebimbangan penglibatan firma itu dalam urusan keselamatan negara kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab bagi mewakili Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Ahli Parlimen Bachok, Nasaruddin Mat Isa menjelaskan tujuan penyerahan memorandum ini adalah bagi menyatakan pendirian Pakatan Rakyat tentang penglibatan APCO yang telah mencabuli keselamatan negara.
"Kita nyatakan disini penglibatan APCO bukan sahaja mengugat keselamatan negara maalah telah mencabuli kedaulatan negara ini. Tindakan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencetuskan kontroversi serta berpotensi menjejaskan kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai payung negara.
"Dalam suasana kezaliman yang sedang memuncak akibat perbuatan zalim kerajaan Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza, apa juga penglibatan kerajaan Malaysia dengan firma serta perniagaan yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak dengan regim Zionis-Israel tersebut adalah wajar dijauhi serta dielakkan," jelas beliau.
Nasaruddin juga menegaskan Pakatan Rakyat telah mendedahkan isu APCO di Parlimen tetapi tidak ada tindakan diambil malah Ketua Pembangkang pula mahu di kenakan tindakan kerana memanjangkan isu tersebut.
"Kita kesal dengan tindakan yang kerajaan ambil, kita telah membantah tindakan penglibatan APCO di dalam Parlimen dengan mengemukan segala bukti penglibatan mereka dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhujah dengan bukti-bukti yang kukuh tetapi apa yang kita dapat Ketua Pembangkang pula yang akan dikenakan tindakan atas penjelasannya.
"Sehingga kini Perdana Menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan pihak Pakatan Rakyat agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit dan peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
"Jadi kami berharap isu yang telah dipanjangkan dan juga serahan memorandum ini akan mendapat tindakan dari pihak Istana dan memerintah Perdana Menteri membatalkan kontrak perundingan APCO dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat," tegasnya lagi.
Memorandum setebal sepuluh muka surat itu turut disertakan dokumen teks ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mac yang lepas semasa sidang Dewan Rakyat dan juga dokumen bertajuk "Agreement Public Affairs and Goverment Affairs Service Between The Government Of Malaysia and APCO Worldwide Sdn Bhd on the 4th day of August 2009".
Memorandum itu bertujuan agar Yang DiPertuan Agong dapat mengambil tindakan dan mengarahkan Perdana Menteri agar membatalkan kontrak perundingan APCO bagi menjamin keselamatan negara serta menghindari pelbagai kemudaratan dan persepsi buruk terhadap negara Malaysia oleh masyarakat dunia, terutama dunia umat Islam.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment