Isu arak: Tiba-tiba Umno jadi pengecut
Oleh: ruhan
Orang yang perlu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas kecundangnya isu kaki botol di Hulu Selangor ialah perasuah Ali Rustam. Dialah yang gatal punggung kemukakan isu lahanat itu.
Satu pihak lagi yang biang keladi dalam isu ini ialah blogger UMNO. Mereka inilah yang nampaknya lebih sudu dari kuah sehingga UMNO hilang kredibiliti. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Cabaran DAP supaya semua pemimpin UMNO tampil ke hadapan menyatakan sebagai Melayu-Islam mereka tidak minum arak didiamkan sahaja. Tidak seorang pun yang berani menafikan mereka togok arak. Hal ini tentunya menimbulkan persepsi negatif terhadap mereka dalam kalangan rakyat. Salahkan diri sendiri dalam hal ini. Mereka buat perangai ketika orang berbondong-bondong menyelami kesucian Islam.
Hishammuddin menyanggah separuh hati terhadap dakwaan dia minum arak yang disiarkan oleh sebuah blog. Takkanlah benda semudah a-b-c itu pun tak ingat!!! Tak ingat pun tak apa. Janji dia tak nafikan. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya yang menyatakan dia tidak minum arak.
Khairy melenting apabila ditanya pemberita tentang gambar dia di hadapan botol-botol arak. Memanglah dia tidak togok arak dalam gambar itu. Yang orang hendak tahu ialah dia togok arak ke tidak. Senang sahaja untuk beri jawapan. Tak payah ke Oxford pun boleh jawab. Apabila dia tak nafi, maknanya dia togoklah arak tu. Takkan lihat sahaja macam tikus tengok besi.
Apabila tiada pemimpin UMNO yang tampil menafikan mereka minum arak, sahlah bahawa perbuatan mungkar itu mereka buat. Sahlah kebenaran kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pemimpin UMNO kuat togok arak.
Jika demikian keadaannya, mereka sudah tentulah bukan orang baik. Sebab itulah mereka mengkhianati bangsa sendiri. Mereka mengkayakan dua tiga kerat kroni melalui perampokan wang rakyat. Mereka mengamalkan rasuah. Mereka meluluskan lesen judi. Anak pemimpin mereka terlibat dengan perniagaan arak. Merekalah yang bersahabat dengan Yahudi tanpa merujuk kepada amaran Allah dalam al-Quran. Sebab itulah mereka dituduh mengetepikan Islam sebagai teras perjuangan. Perjuangan sedemikian tidak akan diberkati.
Di mana kualiti pemimpin UMNO dari sudut Islam? Di mana kredibiliti pemimpin UMNO dari sudut Islam? Di mana integriti pemimpin UMNO dari sudut Islam? Hancurrrrrrr.
UMNO akan menuju kehancuran jika terus berpegang kepada sekularisme. Mereka akan tambah dibenci apabila memperlihatkan tindakan rasis di mata rakyat. Kepura-puraan mereka terhadap perpaduan tidak akan dienggehkan oleh sesiapa pun selagi mereka berpegang kepada orang Cina dan India sebagai pendatang dalam kurun ini.
Politik usang mainan UMNO tidak akan ke mana. Keterhadannya tetap ada. Akan sampai masanya UMNO ditolak secara total oleh orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Tempat mereka akan diambil alih oleh politik baru yang mesra rakyat. -TKO
http://bilahrotan.blogspot.com
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment