Liberal International Sokong Perjuangan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 9 Apr - Pakatan Rakyat mendapat sokongan pertubuhan parti-parti politik liberal dan demokratik antarabangsa, Liberal International (LI).

apabila diundang menjadi ahli gabungan berikutan dasar perjuangan atas landasan yang sama dengan pertubuhan tersebut.

"Penghormatan yang diberikan oleh Liberal International untuk menyertai persatuan tersebut akan dibincangkan bersama ahli jawatankuasa parti KEADILAN dalam masa terdekat.

"Perbincangan bersama itu mencapai keputusan terbaik berkaitan hak asasi manusia yang memerlukan pendekatan lebih mendalam dari terus ditindas oleh

pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Anwar dalam satu majlis minum teh yang diadakan di ibu negara semalam.

Anwar berkata perwakilan pertubuhan antarabangsa itu turut menzahirkan sokongan terhadap beliau dalam mengadapi perbicaraan fitnah kali kedua serta mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberi.

“Ini adalah peluang bagi saya untuk mentransformasikan kebebasan undang-undang bagi membolehkan ia berdiri dengan sendiri dan pada masa yang sama memperkasakan agenda serta memperkembangkan idea di peringkat antarabangsa untuk kepentingan parti dan rakyat,” tegas beliau.

Ketua Pembangkang turut menyatakan kerajaan luar negara berani menyokong Pakatan Rakyat kerana terlalu banyak penyelewengan dalam pentadbiran

kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga menyebabkan kerajaan luar negara tidak lagi menghormati Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berharap kerjasama yang lebih erat dijalinkan dengan pertubuhan antarabangsa itu selepas pertemuan semalam.

Liberal International ditubuhkan pada tahun 1947 untuk mengukuhkan ikatan demokrasi leberal terhadap ancaman fahaman totalitarianisma, fasisma dan komunisma.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.