Mahasiswa bawa risalah ditahan

Hulu Selangor 22 April : Sekumpulan mahasiswa dipercayai daripada kampus sekitar Lembah Klang ditangkap polis beberapa jam yang lalu.

Mereka ditangkap dalam suatu sekatan trafik menuju Batang Kali oleh pihak polis.

Beberapa risalah edaran didakwa dijumpai dalam kenderaan yang dinaiki.

Makluman penduduk sekitar menyatakan kumpulan mahasiswa berkenaan didakwa dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948.

Dipercayai kumpulan mahasiswa berkenaan masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebuah kolej universiti.

Kini mereka ditahan di Balai Polis Kuala Kubu Baru selepas dipindahkan daripada Balai Polis Rasa, Hulu Selangor.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.