Memorandum Desak Segerakan Perlaksanaan 'Gender Responsive Budget'

KUALA LUMPUR 6 Apr - Kumpulan Kajian dan Advokasi 'Gender Responsive Budget' meminta Kementerian Kewangan menyegerakan proses perlaksanaan GRB secara substantif dalam pengolahan bajet negara 2011 dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyerahkan memorandum berkaitan penyegeraan perlaksanaan 'Gender Responsive Budget' kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin di Parlimen hari ini berkata,"pendekatan ini menuntut peningkatan kesedaran, penghayatan dan keupayaan pegawai-pegawai 'Gender Focal Point' dan 'Budget Review Officers' yang harus diamanahkan untuk menjayakan GRB serta tugas-tugas yang belanjawan berkaitan dengannya.

"Kedua, mewujudkan 'gender-segregated data' sebagai asas kepada analisa dan seterusnya pembuatan keputusan mengenai agihan pendapatan, sumber dan khazanah negara secara adil dan saksama kepada rakyat,

"Ketiga, membuat peruntukan serta-merta mengenai kedua-dua perkara yang sebutkan tadi dan yang terakhir kumpulan Kajian dan Advokasi GRB juga meminta kementerian untuk membuat peruntukan belanjawan yang secukupnya dalam setiap bajet negara dan Rancangan Malaysia akan datang sehinggalah GRB sempurna dilaksanakan di seluruh kementerian, agensi dan jentera kerajaan Malaysia," ujar beliau.

Belanjawan GRB meliputi proses penyediaan, perlaksanaan, pemantauan dan pembaikan yang berterusan dan Kumpulan Kajian dan Advokasi GRB juga menganggap bahawa dengan komitmen dan kesanggupan politik kerajaan untuk melaksanakannya sepenuh dalam tahun 2013.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.