Penduduk Hulu Selangor Tolak MIC, Mahu Calon Melayu

HULU SELANGOR 9 APR: Keputusan Barisan Nasional meletakkan calon MIC bagi mewakili penduduk Hulu Selangor tidak menggembirakan penduduk sekitar Kuala Kubu Bahru.

Malah, penyokong parti Umno jelas kecewa dengan pencalonan wakil dari MIC, yang mereka sifatkan tidak mewakili hasrat akar umbi.

Ia berikutan sebanyak 52.7 peratus komposisi pengundi Parlimen Hulu Selangor adalah kaum Melayu, dengan sebahagian besar penyokong Umno tertumpu di empat kawasan Felda di sini.

Akar umbi Umno juga tidak yakin calon MIC mampu menandingi wibawa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita nak Melayulah. Sebab calon PKR kuat," kata penduduk, Shariman Mokhtar.

"Kalau MIC, pakcik tak setuju," kata Abd Razak Yaakob pula.

Penduduk, Norin Arshad pula berpendapat demikian: "Kalau majoriti Melayu ramai, berharap calon daripada orang Melayu."

"Kalau sini kawasan Melayu, harus calon Melayu," kata Muhammad Hairy Marazat pula.

Shukri Mat pula menganggap parti politik wajar mempertimbang faktor masyarakat Felda yang majoriti tentunya kaum Melayu kerana ia membawa sentimen tersendiri.

Isa Mat Daud pula berkata, penduduk akan terus memberontak dengan tidak mengundi Barisan Nasional kerana mereka tidak lagi wakil MIC sebagai Ahli Parlimen.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.