Polis Ganggu, Tahan Konvoi KEADILAN Perak
Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 5 April - Hampir seribu anggota keselamatan termasuk polis dan pasukan Unit Simpanan Tetap (FRU) dikerah untuk menggangu dan menyekat perjalanan peserta konvoi yang dianggotai pucuk pimpinan tertinggi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak yang menyertai program 'Gegar Konvoi KEADILAN Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim'.
Seramai 25 peserta rombongan yang diketuai Pengerusi MPN, Mustafa Kamil Ayub memulakan perjalanan dari Wisma KEADILAN Perak pada pukul 8.00 pagi 3 April lalu tetapi konvoi ditahan pihak polis apabila sampai di perhentian terakhir di Gerik.
Mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Gerik dan dibebaskan dua jam kemudian.
Menurut Mustafa, kesemua lapan perhentian yang menjadi destinasi persinggahan peserta konvoi dikawal ketat pasukan polis.
Katanya, di sepanjang laluan tersebut, terdapat lima sekatan jalan dibuat anggota keselamatan menyebabkan perjalanan terganggu.
Malah polis turut merampas kira-kira 1,500 risalah, sejumlah kain rentang konvoi termasuk buku fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi mengenai qazaf.
"Sejak awal pagi lagi kita melihat terdapat semacam pengawasan dan kawalan keselamatan di mana bas yang kami naiki diikuti oleh sepasukan polis.
"Di setiap perhentian pula seramai 200 hingga 300 polis berkawal. Kelihatan juga trak FRU ditempatkan di perhentian bas Kamunting di Taiping.
"Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pasar Tanjung Rambutan terletak di Tambun. Perjalanan kami juga tergendala kerana terpaksa menjalani sekatan polis ketika menuju ke Sungai Siput. Namun di situ kami berjaya mengedarkan risalah dan fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi.
"Seterusnya program kami untuk beramah-mesra dan makan tengahari bersama wakil-wakil di Cabang Padang Rengas disambut meriah. Program konvoi juga berhenti di perhentian Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Zohor. Perjalanan diteruskan sehingga ke Bukit Gantang dan kemudiannya singgah di tepi Tasik Raban, Lenggong.
"Terdapat tiga sekatan polis di mana mereka naik ke dalam bas dan memeriksa kami serta meminta kami menjelaskan mengenai konvoi tersebut.
"Sehinggalah di perhentian terakhir di mana kami telah ditahan dan diarah ke balai polis untuk memberi keterangan lanjut berkaitan konvoi yang diadakan.
"Di balai, semua kad pengenalan peserta diambil dan nama kami dicatat. Tetapi setelah mendengar penjelasan daripada kami, polis kemudian membebaskan tetapi semua risalah dan kain rentang yang dirampas tidak dipulangkan kembali," kata Mustafa lagi.
Turut serta dalam konvoi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari.
Sepanjang perjalanan, peserta diberi penerangan mengenai DUN dan Parlimen yang dilalui. Mereka juga mendapat pendedahan mengenai ulasan buku bertajuk Gelombang Kebangkitan Asia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment