PRK Hulu Selangor Edisi Umno Membela Israel Laknatullah!

Umno: Ada juga One America, One China Policy

Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

"Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti," katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menolak dakwaan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada "One Israel".

"Sebagaimana yang disebutkan oleh PM, 1Malaysia tidak meniru mana-mana satu konsep yang lain. Saya nak maklum ada beberapa konsep Satu antaranya One China Policy, One America, One World Organization, Russia One. Kita tidak meniru kerana komponennya tak sama," katanya.

Beliau berkata 1Malaysia menekankan tema iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan juga dua aspek penting iaitu perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan lapan nilai-nilai aspirasi.

Ahmad juga berkata pembangkang menyamakan 1Malaysia dengan "One Israel" kerana bimbang dengan gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri itu yang semakin diterima rakyat.

"Ini hanyalah tohmahan pembangkang kerana mereka tak tahan dengan populariti 1Malaysia ini. Lantas mereka menfitnah, 1Malaysia ini sama dengan "One Israel," katanya.

Hari mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu ialah pada 25 April sementara hari penamaan calon ialah 17 April. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

- Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.