Pusingan-U, Mahfuz tidak ke jawatankuasa hak

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) hari ini menarik balik usul untuk membawa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Ismail berbuat demikian dengan mengemukakan satu lagi usul di Dewan Rakyat hari ini bagi menarik balik usul terdahulu yang dikemukakannya semalam.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum itu telah meminta Mahfuz mengemukakan penjelasan sama ada pengucapan "Umno-Apco" itu bertujuan menyelewengkan Dewan.

Mahfuz kemudiannya berkata beliau tidak berniat demikian, dan penjelasan itu diterima oleh Ismail.

Usul bagi menarik balik tindakan itu kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh ahli dewan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.