Saidatul Meracau Lagi Dekat Pilihan Raya Kecil
Oleh Halik Zaman
Kalau di Sabah cerita Saidatul Badru Said ini bukan sedikit orang yang tidak tahu beliau seorang kaki 'kelentong No1'.
Tiada orang Sabah percaya wanita kaki temberang serupa Saidatul Badru ini.
Dulu apa boleh buat sahajalah cuma parti KEADILAN sahaja yang terima beliau memimpin sementara parti itu di Sabah, itu pun pimpinan stail kampungan. Tiada ramai ahli-ahli yang minat KEADILAN atas pimpinannya.
Minggu lalu (8-4-2010 tersiar di Utusan Malaysia) Saidatul Badru menyarankan ahli-ahli KEADILAN supaya berwaspada taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Azmin Ali. Kononnya beliau paling rapat dan lebih tahu cerita mereka. Cerita Soi Lek pun dia tahu, tapi dia tak nak cerita kerana cerita itu ada fakta.
Seperti biasa semacam lagak temberang Ezam Mohd Noor yang simpan rahsia Anwar berkotak-kotak itu, hingga sekarang 'habuk pun tarak'. Tidak kurang pula Saidatul Badru lakonannya semacam wanita 'tukang kipas' dalam filem Tamil Nadu. Ada ada sahaja yang dia tahu yang orang lain tidak tahu. Boleh percayakah wanita ini yang memberi ugutan kepada ahli-ahli KEADILAN setiap kali ada pilihan raya kecil?
Semakin hebat penghinaan yang Saidatul hadiahkan kepada Anwar dan keluarganya, dengan tidak melupakan untuk membabitkan sekali Azmin Ali. Barangkali ada “imbuhan” baru masuk agaknya? Itu yang semangat untuk memburukkan Anwar, Wan Azizah dan Azmin semakin membara.
Maklumlah jika tidak tetap-tetap iman melihatkan “juadah RM” yang terhidang depan mata, bisa luntur segala iman di dada.Bila iman telah luntur itu yang membangkit semangat memfitnah dan memburukkan orang lain dek kerana limpahan imbuhan melimpah ruah.
Setiap kali ada pilihan raya kecil, pasti akan keluar cerita-cerita yang kurang enak di dengar mengenai Anwar dan keluarganya dari Saidatul Badru. Begitu besar peranan RM dalam kehidupan seseorang yang opportunis dan materialistik. Bila di asak lagi dengan imbuhan maka bangkitlah sang 'Dewi Dewangga' berhabis-habisan mengutuk dan memperlekehkan maruah Anwar dan keluarga.
Mungkin kerana mereka beranggapan dengan menjatuhkan maruah dan kredibiliti Anwar, maka pengundi-pengundi akan beralih arah dan kembali mengundi Umno? Mimpilah anda di siang hari wahai Saidatul Badru! Mungkin anda tidak sedar atau pura-pura tidak mahu sedar bahawasanya rakyat Malaysia sudah bosan dengan segala taktik dan propaganda kotor yang Umno-BN sering pergunakan untuk melemahkan semangat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat?
Buatlah apa sahaja, taburlah fitnah semerata-rata, karanglah cerita sesedap rasa, rakyat Malaysia tetap tidak akan mempercayainya. Generasi muda kini sudah dapat menilai batu, intan atau permata. Cuma Saidatul Badru sahaja yang masih dibuai mimpi-mimpi enak dari laungan manusia seperti para pengkhianat KEADILAN yang bakal ditolak oleh para pengundi.
Kepada Saidatul, tahniahlah kerana merekacipta satu lagi karya fitnah hebat, walau tidak akan menjadi 'box office', tapi ‘cerita dongeng purbakala’ anda ini mampu menarik lebih banyak simpati dan perhatian rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Syabas.
Adakalanya kasihan juga kita lihat nasib Saidatul ini, ke sana-sini menyorong ‘cerita murahannya’ minta perhatian ‘pihak atasan’, tapi seolah-olah tidak diendahkan “pengorbanan kotor” yang dilakukan. Begini sahajalahsusah-susah sangat masuk sahaja parti Pasok. Untung-untung boleh jadi Presiden Pasok. Dapat berdiri setanding Wan Azizah. Biarpun parti tidak popular, yang penting jawatan Presiden itu yang glamour untuk Saidatul.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment