Sampai Bila Muhyiddin Nak Berbohong Dengan Rakyat?
Calon BN Bukan Pilihan Saat Akhir - Muhyiddin
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
RAWANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan P. Kamalanathan adalah calon pilihan 'saat akhir' bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, nama Kamalanathan juga terdapat dalam senarai awal yang dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi BN.
"Ada dalam senarai, tetapi mungkin tidak begitu menonjol, tapi lepas perbincangan kita dapati dialah calon terbaik," katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di Bukit Sentosa di sini hari ini.
Muhyiddin sebelum itu mengumumkan Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu 25 April ini.
Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi BN itu berkata, MIC sememangnya mempunyai ramai tokoh yang layak untuk diletakkan sebagai calon.
"Kita mempunyai ramai tokoh yang memang layak, sebab itu kita mengambil masa sedikit, ini kawasan MIC, presiden MIC dan pimpinan-pimpinan MIC ada beberapa pandangan, tetapi akhirnya kita sepakat kerana yang kita nak tumpukan ialah apa yang rakyat mahukan.
"Dalam tempoh lebih dua minggu ini kita sudah membuat tinjauan di peringkat pengundi di semua kawasan, dapatkan maklumat isi hati mereka.
"Atas dasar itu, kita melihat mereka mahukan satu calon yang baru," katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment
kalu chegu kencing berdiri anak murid pasti kencing berlari,akhlak perlu dibetulkan kalau nak dikenang sebagai pemimpin.
Post a Comment