Ternyata Samy Vellu Lebih Bijak Dari Muhyddin

JUGA seperti mana yang saya ramalkan dua minggu dalam blog ini, akhirnya P Kamalanathan yang bernasib baik untuk diumumkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April nanti. Pengumuman itu dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Sentoasa menjelang senja ini. Pengumuman itu memuktamadkan sementara krisis pemilihan calon dalam BN.

Saya percaya krisis itu tidak akan sendik dengan sesempurnanya. Tunggulah apa yang akan jadi selepas ini?

Umum melihat pemilihan Ketua Penerangan MIC itu sebagai calon kompromi. Mungkin orang merasakan semua pihak berpuas hati. Terutamanya Samy Vellu yang inginkan Palanivel merasa lega dengan pemilihan Kamalnathan itu. Kerana baginya jangan Mugilan diambil menjadi calon. Samy Vellu juga perlu merasa berpuas hati kerana calonnya idamannya Palanivel tidak disia-siakan begitu saja. Katanya, Palanivel telah dijanjikan sesutau sebagai imbalan atas kekecewaanya itu.

Khbarnya semasa berunding dengan Muhyiddin tengah hari tadi, Samy Velu telah menuntut sesuatu imbuhan buah Palanivel. Palanivel dicadangkan dilantik menjadi Senator kemudian dilantik menjadi timbalan menteri. Jadi kesimpulannya Samy Vellu tidak kehilangan semua dan masih untung besar di sebalik isu pilihan raya kecil ini. Wayang yang beliau mainkan nampaknya memberi hasil.

Sebaliknya Umno tidak mendapat apa-apa dalam krisis yang diada-adakan itu. Calon yang mereka inginkan, Mugilan tidak dicalonkan. Umno pula tidak dapat apa-apa keuntungan di sebalik krisis itu melainkan berjaya meredakan krisis dalam BN dan MIC. Itu saja. Dari sudut lain maruah Umno sebagai parti induk juga merudum kerana tidak lagi dihormati oleh rakannya mereka, MIC.

Dalam hal ini MIC yang untung besar. Mereka bukan saja mendapat kerusi senator dan timbalan menteri tetapi bakal mendapat ahli parlimen kalau Kalamalanthan menang. Tentunya juga Mugilan yang menunjukkan pekerti yang baik akan turut menerima habuah dari UBN. Umno mesti memberi sesuatu upah kepada Mugilan.

Kalau direnungi di sini akan nampak kelicitan dan kelicinanya politik Samy Vellu. Keberengan dan kemaukan Samy Velly yang mahukan Palanivel dan menolak Mugilan itu dilihat drama saja. Ia sebagai satu helah untuk beliau mendapat laba lagi. Nah ternyata gara-gara krisis itu MIC kini mendapat dua keuntungan itu. Yang terlepas tangan dan putih mata ialah Umno.

Kenapa Umno tidak berkeras di dalam soal ini. Jangan marah kalau saya katakan Umno tidak cerdik dan tidak mempunyai idea seberlian Samy Vellu untuk mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Kalau Umno cerdik khasnya Muhyiddin beliau akan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Muhyiddin patut bersikeras untuk tidak berkompromi sebaliknya memberi altenatif lain.

Misalnya kenapa Muhyiddin tidak menggugut MIC, kalau mereka enggan memeri sokongan kepda Mugilan, Umno sendiri akan meletakkan calonnya. Kalau Muhyiddin terfikir berbuat begitu tentu Samy Vellu kecut perut. Dan kalau Samy Vellu tunjuk juga 'kemabukannya' ketika inilah Umno mendapat untung dengan meletakkan calonnya sendiri. Umno boleh menjadikan helah kesamsengan Samy Vellu itu untuk memberi kerusi itu kepada Umno.

Tetapi kerana Umno tidak cerdik, terlalu bertolak ansur dan terlalu takut kepada momokan Samy Vellau maka peluang itu terlepas begitu saja. Berputih matalah orang Umno yang sebelum ini beriya mahukan calon mereka diletakkan bertanding di Hulu Selangor itu.

Apa yang boleh disimpulkan mejelang Maghrib ini bahawa politik MIC dan Samy Vellu lebih licit berbanding dengan politik Umno dan Muhyiddin. Di sinilah kelebihan politik samseng, ala-ala mabuk candu yang diamalkan Samu Vellu, walhasilnya memberi keuntungan kepada kaumnya.

Keuntungan MIC ini kerana kelebihan Samy Vellu sebagai orang lama dalam politik dan berpengalaman. Pengalaman itu tidak terbaca oleh Muhyiddin. Mungkin Samy Vellu sudah tahu awal-awal kalau beliau tidak melakukan segala aksi dan melakukan dramas itu, kemungkinan Kamalanantha tidak dapat jadi calon dan Palanivel pula tidak akan diangkat menjadi senator dan seterusnya menjadi timbalan menteri.

Kebijaksanaan dan kelicitan politik MIC ini seharusnya diperhati oleh Umno dan tidak hanya menurut saja. Kalau pun kehilangan kuasa dengan sokongan kaum India, Umno juga kena fikir apakah Umno tidak merasa bacul apabila mereka ditipu hidup-hidup oleh rakan mereka itu?

http://msomelayu.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.