Utusan Sebenarnya Media Yang Kecewa

Oleh Norihan Adnan

SHAH ALAM 9 April - Tindakan Editor Kanan Utusan, Zaini Hassan yang menuduh media alternatif sebagai 'orang media yang kecewa' adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional di Shah Alam baru-baru ini, Zaini turut menamakan portal berita Malaysiakini dan yang seangkatannya sebagai punca kepada masalah yang menyuburkan budaya fitnah di negara ini.

"Bermula mereka, bermulalah masalah segalanya," katanya ketika menjelaskan sejarah media baru Malaysia.

Mengulas perkara ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan media Utusanlah yang sebenarnya kecewa kerana berita liputan mereka tidak lagi dapat meraih perhatian rakyat Malaysia dan hanya menjadi medium menyampaikan fitnah.

"Laporan berita di Utusan tidak lagi berasas dalam menarik perhatian rakyat. Ini kerana Utusan juga tidak bebas dalam menyampaikan berita. Wartawan Utusan seperti robot menyampaikan berita dengan membuta-tuli dan berat sebelah," ujarnya.

Tambah beliau lagi, pemimpin pembangkang tidak diberi peluang yang sama rata di media arus perdana dalam menyampaikan berita malah diburuk-burukkan dengan propaganda yang tidak berasas.

"Selain itu, berita-berita yang disampaikan mereka gagal meyakinkan golongan muda yang kebanyakannya terpelajar dan gemar melayari internet dan blog.

"Pemimpin pembangkang hanya inginkan hak yang sama rata dalam menyampaikan berita dan maklumat. Umno-BN ternyata berat sebelah kerana tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang dalam menyampaikan maklumat yang tepat, telus danberasas," tegas Fariz.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.