Dua aliran dalam politik Malaysia

Oleh Abu Firdaus

Apa yang dibawa oleh Perikatan dan Barisan Nasional mencerminkan aliran pertama. Sementara aliran kedua adalah yang cuba dibawa oleh parti-parti utama di luar Perikatan dan Barisan Nasional. Apa yang dimaksudkan dengan parti di luar Perikatan dan Barisan Nasional sememangnya mudah dirujuk sebagai parti pembangkang.

Untuk masa sekarang, memang mudah untuk disebut Barusan Nasional dengan Pakatan rakyat mewakili dua aliran berbeza. Tetapi cuba lihat dalam media tertentu, tidak mahu disebut istilah Pakatan Rakyat, tetapi sebaliknya, pakatan pembangkang. Ini kerana kemungkinannya ialah dibuat atas hujah bahawa Pakatan Rakyat tidak berdaftar, jadi tidak wajar disebut nama itu, tidak seperti Barisan Nasional.


Pakatan Rakyat pula dikatakan tidak dapat didaftarkan kerana tidak mencukupi syarat Pendaftar Pertubuhan dari segi bilangan parti komponan. Ini kerana Pakatan Rakyat hanya mempunyai tiga parti, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat walaupun kini ia sudah disetrtai oleh satu lagi parti iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Tetapi sememangnya ada sebaahgian daripada pesaing Pakatan Rakyat mahu label pembangkang terus dikenakan kepada parti-parti itu. Iaitu ia menghendaki supaya Pakatan Rakyat akan sentiasa menjadi pembangkang, dan tidak akan diberi peluang untuk menjadi kerajaan.

Sedangkan Pakatan Rakyat buat masa ini sudah menjadi parti kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Walaupun Pakatan Rakyatv masih menjadi pembangkang di peringkat pusat, ettapi hakikatnya, ia sudah menjadi kerajaan di sebahagian daripada negeri-negeri di Malaysia.

Namun begitu, jika Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan pun, ia tidak wajat sentiasa disebut sebagai parti pembangkang. Ia hanya menjadi pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan-undangan Negeri. Di luar dewan-dewan itu, ia bukan lagi menjadi parti pembangkang. Begitu juga, parti kerajaan perlu disebuty hanya bila berhubung dengan dalam dewan, dan tidak di luar dewan.

Dalam dewan, memanglah ada parti kerajaan dan pembangkang. Sementara kerajaan walaupun diterajui oleh sesuatu parti tetapi tidakwajar disebut kerajaan Barisan Nasional atau kerajaan Pakatan Rakyat. Ia hanya wajar dinyatakan sebagai kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan seumpamanya. Ini kerana apabila mana-mana parti yang diamanahkan untuk memerintah sesebuah wilayah politik, ia berbuat demikian atas nama semua rakyat di wilayah itu, tanpa mengira fahaman politik rakyat itu sendiri. Sememangnya ia akan mentadbir menurut polisi parti iaitu parti menguiasai kerajaan, tetapi pentadbiran itu dibuat untukwilayah berkenaan dan atas nama rakyat di wilayah itu.

Maka di luar dewan, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama saja sebagai parti politik yang berdaftar di bawah Perlembagaan negara. Di Kuala Lumpur, iaitu merujuk kepada Dewan Rakyat, Barisan Nasional adalah parti kerajaan, iaitu yang menyokong kerajaan sementara Pakatan Rakyat ialah pembangkang, iaitu membangkang kepada kerajaan yang memerintah. Tetapi di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Pakatan Rakyat yang em,njadi kerajaan, Barisan nasional pula adalah parti pembangkang.

Tetapi di Putrajaya, maksudanya pusat pentadbiran negara, tidaka da parti kerajaan, atau parti pembangkang. Kerajaan memagang amanah rakyat mentadbir negara untuk rakyat. Tidak ada Perdana Menteri Barisan nasional, yang ada hanyalah Perdana Menteri Malaysia.

Begitu juga di pusat-pusat pentadbiran negeri. Tidak ada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Masing-masing adalah kerajaan bagi negeri masing-masing dan berkhidmat untuk rakyat. Jadi apabila hendak berbincang mengenai duia aliran yang diwakili oleh kedua-dua gabaungan parti ini, ia perlu di sebut sebagai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Namun begitu, kedua-duanya mempunyai tradisi masing-masing yang menxcorakkan aliran kedua-duanya. Kalau Barisan Nasional dapat difahami asal-ususlnya. Daripada penubuhan Umno, kepada perikatan Umno-MCA yang kemudian berkembang menjadi Perikatan UMNO-MCA_MIC dengan dikenali sebagai Perikatan saja.

Apabila Malaysia ditubuhkan, maka wujud Perikatan Sarawak dan Sabah sebagai mendokong Perikatan semenanjung yang hanya disebut sebagai perikatan. Di Singapura, parti yang menyokong Perikatan ialah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang mentadbir negara itu, dan tidak ada Perikatan Singapura. Walaupun ada Umno Singapura.

Selepas 13 Mei, Perikatan dibesarkan bagi mewujudkan Barisan Nasional, semua parti dijemput menyertainya. Asas kepada Barisan Nasional adalah kerajaan campuran Perikatan-PAS. Kemudian ia disertai oleh parti Gerakan Rakyat Malaysia. Walaupun pada mulanya ia merupakan konsep kerajaan campuran dengan Umno dan PAS duduk setara tetapi akhirnya ia menjadi seperti Perikatan dengan Umno parti dominant sementara yang lain berada di sekitarnya.

Akhirnya ternyata Pas tidak dapat menerimanya dan keluar daripada Barisan Nasional. Tetapi aliran yang bukan Perikatan-Barisan Nasional, ia meletakkan semua parti setara. Itulah apa yang berlaku dalam gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera)-Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA). Walaupun parti dominant Putera ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan parti utama AMCJA ialah Kesatuan Demokratik Malaya (MDU), tetapi semua parti anggota majlis itui adalah setara.

Itu perbezaan Putera-AMCJA dengan Perikatan. Walaupun Putera-AMCJA terkubur, begitu juga dengan PKMM dan MDU, tetapi aliran gabungan parti yang setara ini berterusan, silih berganti. Ia diwarisi oleh Front Sosialis (SF), Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah-Gagasan Rakyat (APU-GR), Barisan ALternatif (BA) dan kini Pakatan Rakyat.

Dalanm aliran Barisan Nasional, satu parti dominant iaitu Umno. Percubaan PAS mencabarnya mengakibatkan ia disingkirkan. Tetapi Pakatan Rakyat dan semua gabungan yang diwarisinya melihat semua parti setara dan pelbagai. Tidak ada yang dominant. PAS, DAP dan Keadilan adalah setara. Walaupun buat masa ini Penasihat Keadilan merupakan Ketua Pembangkang dan calon Perdana Mentreri bagi Pakatan Rakyat, tetapi ia bukan bermakna Keadilan dominan. Mana-mana tokoh dari mana-mana parti gabungan boleh menjadi calon Perdana menteri menurut kesesuaian keadaan. Itu pernah berlaku di Perak di bawah Pakatan Rakyat dan ia merupakan aliran alternatif.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.