Selepas anak muda, Melayu pula jadi sasaran Pemuda PAS
Zulkifli Sulong
RAWANG, 24 Mei: Selepas hampir setahun menjalankan projek untuk mendekati anak muda melalui program 'Orang Muda Geng Kite', Pemuda PAS kini sedang dalam proses untuk mendekati pengundi Melayu pula.
Untuk mendekati pengundi Melayu, Pemuda PAS telah diberikan amanah untuk mendapatkan data-data yang perlu sebelum strategi yang sesuai disusun oleh PAS bagi memecahkan tembok Umno di kampung-kampung pendalaman yang tidak tercapai oleh media baru.
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, Pemuda PAS telah membuat beberapa kajiselidik dan bersedia untuk membentangkannya kepada pucuk pimpinan parti perolehan mereka.
(Nasrudin bergambar bersama dengan penerima hadiah bola sempena program "Orang Muda Geng Kite" di Green Valley Park, Rawang malam tadi.)
Malam tadi, beliau bersama-sama dengan Pemuda PAS Pusat dan Selayang ke Green Valley Park, satu kawasan perumahan dekat Bandar Tasik Puteri dalam program "Orang Muda Geng Kite".
Program yang keluar langsung dari kebiasaan PAS ini menjadikan kegilaan kepada musim bola sepak piala dunia sebagai tema perhimpunan mereka di sini.
"Mandi bola, tidur bola dan kita harap jangan solat ingat bola sudah," kata Zaidi Talib, Ketua Pemuda PAS Selayang yang mengacarakan majlis yang di penuhi oleh anak muda dan dewasa itu.
Selain menjadikan bola dan baju bola sebagai hadiah cabutan bertuah perhimpunan ini, persembahan muzik rock juga diadakan. Namun, muzik rock yang dipersembahkan bukan sebarang muzik tetapi muzik yang berasaskan ketuhanan.
Ia disampaikan oleh Ringo, penyanyi rock yang telah menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sendiri.
(William bergambar bersama pasukan bola Pasti Abqari Kids yang menjadi juara pertandingan bola sepak antara Pasti Selayang)
Antara lagu yang didendangkan Ringo semalam adalah lagu 'Demi Masa' yang diadaptasikan dari surah Al Asr.
Menurut Ringo, Nik Aziz sendiri telah menitiskan air mata ketika beliau menyanyikan lagu ini di depan beliau.
Orang di belakang tabir program sebegini adalah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Sani Hamzan. Beliau yang juga Pengarah DACS (Departmen of Art, Culture and Sports) Dewan Pemuda PAS, cuba memecahkan benteng antara PAS dengan anak muda.
Program 'Orang Muda Geng Kite' telah bermula sejak Jun tahun lepas dan akan berakhir Jun tahun depan, kata Nasruddin ketika ditemui Harakahdaily di majlis malam tadi.
Sehingga kini, mereka berjaya mengadakan sekurang-kurangnya dua program seminggu yang dijalankan di seluruh negara.
"Program ini pula ikut kesesuaian. Ada kita jadikan tema motor untuk mendekati anak muda yang suka bermain motor. Malam ini kita jadikan tema bola sepak sempena dengan musim bola sepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi," kata Nasruddin.
(Sebahagian orang ramai yang menyertai majlis malam tadi)
Turut serta di majlis malam tadi adalah anggota Parlimen Selayang, William Leong. William sempat menandatangani semua bola sebelum ia dihadiahkan kepada pasukan bola tempatan dan juga kepada pemenang cabutan bertuah.
Di samping persembahan dan ucapan, kaunter khas pendaftaran keahlian PAS juga disediakan. Di samping itu kaunter untuk pendaftaran sebagai pengundi, kaunter program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) juga turut disediakan.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment