25 Syarikat Konsesi Beri Diskaun Sempena Aidilfitri
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
KUALA LUMPUR: Bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada pengguna termasuk pengecualian dan diskaun kadar tol.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian dan diskaun kadar tol sehingga 40 peratus itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat konsesi kepada rakyat.
"Inilah komitmen sosial syarikat konsesi kepada pengguna menjelang Aidilfitri tahun ini dan sebagai penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kementerian di sini pada Khamis.
Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD akan mendapat pengecualian bayaran tol bagi semua kelas kenderaan mulai pukul 9 malam (7 September 2010) hingga pukul 6 pagi (8 September 2010) dan mulai pukul 9 malam (15 September 2010) hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).
Antara syarikat konsesi yang memberikan diskaun selain kumpulan MTD adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan sebagainya.
Kata Shaziman, antara lain, diskaun diberikan kepada pengguna lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu siang.
"Kita tidak mahu semua pengguna berpusu-pusu balik ke kampung serentak terutama pada waktu puncak, oleh sebab itu kita beri diskaun pada waktu malam," katanya.
Dalam pada itu, Shaziman berkata, beliau telah mengarahkan semua kerja-kerja baik pulih dan penyelengaraan lebuh raya yang sedang berjalan dihentikan buat sementara waktu sejak semalam sehingga 17 September depan bagi melancarkan perjalanan pengguna balik ke kampung.
Katanya lagi, keadaan jalan raya pada masa ini adalah di dalam keadaan baik walaupun kemalangan tetap berlaku terutama pada musim perayaan.
"Ini yang membimbangkan, walaupun keadaan jalan raya dalam keadaan baik kemalangan tetap berlaku terutama pada musim perayaan," katanya.
Sementara itu, ketika dalam ucapan perasmiannya, Shaziman berkata, pelajar sekolah dilihat dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam usaha menyemai kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan di jalan raya.
Beliau berkata, kempen yang berteraskan program pendidikan berterusan itu adalah langkah proaktif khususnya pengisian dalam mengubah sikap pemanduan ke arah lebih selamat dan bertanggungjawab bermula dari peringkat sekolah.

No comments
Post a Comment