Anwar: Antara Ketua Umum dengan Perlembagaan PKR
Mungkin bukan sesuatu yang terlalu mengejutkan, apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung hujung tahun ini. Apa jua keputusan itu boleh dijustifikasikan dengan seribu satu alasan mahupun pertimbangan. Persoalannya, apakah ia wajar?
Seandainya diimbas sejarah PKR pada tahun 2007, Anwar Ibrahim (gambar kanan) dengan 120 pencalonan tetap mahu bertanding untuk jawatan Presiden, meskipun dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sehari sebelum pengundian parti diadakan, bahawa pemohonan pengecualiannya telah ditolak. Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara, dibelenggu Akta Pertubuhan 1966 - tidak dibenarkan untuk menyandang jawatan rasmi parti dalam tempoh lima tahun setelah dibebaskan dari hukuman penjara.
Satu mesyuarat tergempar dipanggil pada malam 25 Mei 2007, yang dipercayai mengubah pendirian Anwar. Beliau pada keesokannya meminta satu "slot" untuk berucap, sebelum perwakilan membuang undi. Sebelum hasrat tersiratnya diujar secara tersurat, perwakilan dari Petaling Jaya Selatan ketika itu, Latheefa Koya tampil untuk mencelah, meminta agar Anwar mendengar pandangan perwakilan sebelum keputusan dibuat.
Pemilihan 2007: Bersilat dengan BN
Latheefa Koya tidak mempertikaikan keikhlasan dan kesanggupan Anwar untuk mengorbankan diri dan keluarga, tetapi menekankan bahawa halangan ROS pada tahun 2007 tidak begitu rumit seandainya dibandingkan dengan kesusahan yang dihadapi ketika zaman "Reformasi". Malah, Latheefa Koya cuba meyakinkan dengan berkata, PKR bersedia untuk menanggung risiko tersebut bersama Anwar dan keluarganya.
Perwakilan kemudiannya beratur untuk mengemukakan pandangan. Ada yang memetik ayat Anwar Ibrahim yang terkenal, "Kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan", untuk menyanggah alasan "parti berdepan dengan risiko untuk dibubarkan ROS". Emosi perwakilan semakin hangat apabila terdapat perwakilan mempersoalkan, mengapa dibiarkan ROS untuk menentukan siapanya Presiden PKR? Malah, ada yang mencabar Barisan Nasional (BN) untuk membubarkan PKR, bahkan menyusul dengan pertanyaan, "Sediakah BN untuk berdepan dengan kuasa bawah tanah (under ground) ini, apabila ia tidak wujud dalam bentuk parti politik?"
"Saya tidak mahu bincangkan hak anda (Anwar) sebagai individu, saya nak bincangkan hak kami sebagai perwakilan, hak kami sebagai parti. Kami ada hak untuk memilih pemimpin kami sendiri!" Kata-kata perwakilan ini disahut dengan laungan "Reformasi". Hampir kesemuanya perwakilan berdiri, dalam bunyi tepukan yang bergelora.
Apa yang menarik, apabila salah seorang perwakilan menguji pimpinan di atas pentas, dengan melontarkan soalan, siapakah pimpinan pusat yang bersedia untuk memperjuangkan agar Anwar dipertahankan sebagai Presiden? Mereka yang kelihatan berdiri dan menyahut cabaran ini hanyalah Tian Chua, Shamsul Iskandar, Sivarasa Rasiah, Xavier Jayakumar, Dominique Ng, Cheah Kah Peng dan sebagainya.
Namun demikian, nada kelantangan suara ini mula berubah apabila perwakilan yang berikutnya mengambil pendekatan untuk "bersabar" dan "bertenang". "Sudah tujuh tahun kita berada di bawah pimpinan Wan Azizah, mengapa tidak boleh ditunggu setahun lagi?"
"Strategi" dijadikan tema kemudiannya. "Jangan terpijak perangkap UMNO", "EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) boleh diadakan setahun kemudian (untuk memilih Anwar sebagai Presiden)...", "akurlah kepada keputusan pemimpin" dan sebagainya. Kenyataan sedemikian melambak pada ketika beberapa orang pemimpin pusat yang kelihatan sedang tunduk dan berjinak-jinak dengan telefon bimbit (yang dipercayai berfungsi sebagai remote control) dalam tangan.
Sambil menyifatkan ia sebagai "pilihan yang paling sukar" dalam hidupnya, Anwar mengambil keputusan untuk "bersilat" dengan BN. "Insyaallah, jikalau saya diberikan amanah oleh perwakilan, saya akan memimpin PKR," kata Anwar.
Babak ini melabuh tirai secara dramatik apabila Abdul Rahman Othman (gambar kiri) yang memperolehi tujuh pencalonan, menarik diri daripada pertandingan jawatan Presiden, lantas memberi laluan percuma kepada Wan Azizah. Anwar berpelukan dengan Abdul Rahman Othman (gambar kiri), disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan "Reformasi" perwakilan dari bawah pentas.
Penilaian terhadap babak 2007
Kesudahan yang mungkin terharu buat ramai anggota PKR, terjelma kepada pakaian hitam Tian Chua sebagai tanda protes. Anwar yang melantik Tian Chua sebagai Ketua Penerangan, sejurus selepas pemilihan berakhir, sempat berjenaka dalam sidang media, bahawa dirinya sedar akan ketidakpuasan Tian Chua. Tian Chua mendesak sekurang-kurangnya pengundian diadakan untuk memutuskan sama ada Anwar disokong untuk menjawat Presiden atau tidak, namun cadangan ini diabaikan.
Pertikaian sama ada keputusan Anwar (gambar kanan) yang diumumkan pada 26 May 2007 itu tepat atau tidak, mungkin tidak membawa apa-apa perubahan, memandangkan sudah tiga tahun ia berlalu. Sesungguhnya setiap keputusan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Apa pun yang berlaku, pemimpin perlu membuat keputusan setelah mengambil kira kesemua pertimbangan.
Namun demikian, sebarang muhasabah atau penilaian bertujuan untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, atau lebih tepat, kesilapan sejarah diulangi. Apa yang pasti, kesemua cadangan seperti EGM diadakan setahun kemudian untuk menobatkan Anwar sebagai Presiden parti, tidak dilaksanakan. Anwar, kekal dengan gelaran de factor leader, atau Ketua Umum, satu jawatan yang tidak diiktiraf dari struktur organisasi dalam perlembagaan parti sehingga kini.
Dengan kata lain, ia menjadi satu sindiran terhadap dirinya apabila membincangkan konsep rule of law. Fasal 13.2 Perlembagaan PKR menyatakan, "Kongres Nasional Parti adalah kuasa tertinggi Parti, dan perjalanan Parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga peraturan Parti."
Malah, seandainya Anwar kekal memimpin PKR melalui satu jawatan yang tidak perlu dipertandingkan, lebih-lebih lagi apabila jawatan tersebut tidak diiktiraf di bawah struktur organisasi PKR - ia memberi kesimpulan bahawa Anwar mengatasi Perlembagaan PKR. Bahkan semua pembaharuan, misalnya had tempoh jawatan Presiden kepada tidak melebihi tiga penggal atau sembilan tahun, langsung tidak bermakna kerana tiada sekatan terhadap bidang kuasa, apatah lagi tempoh perkhidmatan Anwar Ibrahim?
Iktibar daripada DAP
PKR wajar mengambil iktibar daripada jenaka yang dilontarkan terhadap rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP. Untuk beberapa dekad yang lalu, parti DAP disamakan dengan seorang individu bernama Lim Kit Siang. Beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung DAP untuk hampir 30 tahun, kemudian memegang jawatan Pengerusi, dan kini diberi jawatan Ketua Parlimen DAP. Ramai yang tertanya-tanya, jawatan manakah yang mempunyai kuasa terbesar dalam DAP?
Ketika Lim Kit Siang (gambar kanan) menjadi Setiausaha Agung, jawatan itulah yang paling berkuasa. Tetapi apabila Lim Kit Siang menyandang jawatan Pengerusi pula, beliau dilihat lebih mendominasi daripada Setiauasaha Agungnya ketika itu, Kerk Kim Hock. Sehingga kini, peranan beliau masih menonjol jikalau dibandingkan dengan jawatan yang lain dalam parti. Maka, sindirannya begini, Lim Kit Siang seolah-olah telah diinstitusikan sebagai satu jawatan, dan jawatan Lim Kit Siang inilah yang memegang kuasa terbesar dalam DAP.
Jadi, Anwar terpaksa menelan air liur seandainya tuduhan "Anwar=PKR", "perjuangan PKR untuk Anwar" dilemparkan terhadap dirinya. Malah, mungkin beliau perlu berpening kepala jikalau diajukan soalan, "Apakah ini politik baru yang dimaksudkan PKR?"
Pertimbangan Anwar
Semestinya Anwar akan menuding jari kepada BN, yang didakwanya sedang menunggu-tunggu kesempatan untuk menyumbatkannya ke dalam penjara. Jawapan tersebut biarpun meringankan beban tanggungjawabnya, namun tetap tidak meyakinkan.
Soalan pertamanya, apakah Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) tidak berdepan dengan risiko sedemikian? Lebih dahsyat, jikalau risiko ini membelenggu Anwar seumur hidup, apakah ia bererti Anwar akan kekal dengan Ketua Umum PKR seumur hidup? Soalan selanjutnya, siapa pula Ketua Umum yang seterusnya?
Usia parti, lapisan pimpinan PKR yang sedia ada mungkin dijadikan alasan, atau pertimbangan Anwar. Misalnya, Anwar masih belum menemui "pewarisnya", ataupun kurang yakin seandainya orang kedua dalam parti diserahkan amanah untuk menentukan halatuju PKR buat masa kini. Namun demikian, kewujudan dilema ini sekadar menunggu masa, kerana Anwar tidak mungkin memimpin PKR buat selama-lamanya.
Isu Anwar tidak bertanding sebenarnya perlu dibaca bersama isu pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Punca isu ini pada hakikatnya berasal daripada istilah yang berbunyi "pengganti Anwar" - yang sekian lama ini kekal "kabur". Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, 74, telah pernah menyatakan hasrat untuk bersara sebelum pemilihan PKR pada tahun 2007. Dengan kata lain, "isu pengganti Anwar" telah berlanjutan untuk beberapa tahun.
Akhir kata, apakah penyelesaiannya? Pimpinan secara kolektif, setelah melalui sistem pemilihan yang lebih demokrasi? Ini mungkin jawapan yang paling sempurna. Cuma, sejauh manakah ia tercapai? Dan yang paling penting, sejauh manakah keikhlasan dalam jawapan tersebut?
*Lim Hong Siang

No comments
Post a Comment