Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

UMNO dan PERKASA sedang berkelahi untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang orang Melayu. Masing-masing menuduh diantara satu dengan lain dengan menyelar diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Masing-maing menunjolkan ‘ke-relevanan’ masing-masing dan mengatakan pihak yang lain tidak menjalankan tugas memberikan harapan untuk orang Melayu.

Saya melihat seperti dua orang isteri yang sedang bermadu, menuduh diantara mereka tidak pandai menjaga suami dengan baik. Setakat ini saya belum lagi berhajat untuk memadukan isteri saya tetapi saya belajar dari rakan-rakan saya yang sedang dimadukan oleh suami masing-masing.

Sejak dari dulu orang Melayu memang dimadukan dengan bangsa asing tetapi mereka bermadu dalam keadaan yang baik dan aman. Orang Melayu adalah isteri yang tua tetapi isteri tua ini tidak pernah mengungkit-ngunkit apa yang suami berikan kepada isteri yang muda.

Isteri tua selama ini bukannya hendak bahagian yang samarata, tetapi selama ini isteri tua hanya berkehendakkan pembahagian yang ‘equitable’ bukannya ‘equal’. Tetapi konsep ‘equitability’ ini sudah disalah fahami oleh isteri-isteri yang lain dan adalah menjadi lazim isteri-isteri muda ini berkehendakkan bahagian yang lebih.

Isteri-isteri yang menuntut bahagian yang ‘equal’ atau samarata ini memang tidak patut. Isteri tua berasa hati kerana suami yang dikahwininya begitu lama itu telah hidup bersamanya lebih lama dan telah melalui berbagai dugaan untuk mentadbir keluarga dengan baik.

Tiba-tiba datang isteri-isteri yang baru memadukan mereka menuntut segala harta benda pencarian suaminya dibahagi-bahagikan samarata, maka isteri yang tua pun naik angin dan berang. Isteri tua ini bersedia untuk berbagi-bagi tetapi bukannya pembahagian yang ‘equal’ tetapi secara ‘equitable’.

Penat lelah isteri tua mesti dihormati. Sebahagian besar harta yang ada pada suami itu adalah hasil dokongan dan penat lelah semasa bersama isteri yang tua itu. Pembahagian mestilah ‘equitable’ dan adalah tidak adil jika pembahagian dibuat dengan konsep ‘equal’.

Itulah sebabnya kita telah mendapat fomula yang baik apabila DEB dilancarkan. Orang bukan Melayu telah berkurun berniaga dan mereka telah maju begitu jauh dalam bidang itu. Oleh kerana imbangan kekayaan diantara orang Melayu/Bumiputra tidak seimbang maka terjadi perdaduhan kaum. Justru kerajaan telah mencapaian persetujuan untuk pembahagian harta kekaya negara secara ‘equitable’ dan bukannya merampas hak Bukan Bumiputra untuk diagih-agihkan kepada Bumiputra.

Program ‘economic reengineering’ telah berjaya dan dengan program ini jugalah rakyat bukan bumiputra bersama-sama membesarkan kek ekonomi untuk mencapai matlamat pegangan ekuiti bumiputra ketahap 30 peratus. Dan ini merupakan pembahagian secara ‘equitable’ bagi membolehkan orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bukan bumiputra.

Tetapi semua keindahan kesepakatan ini sudah pudar. Oleh kerana kelalaian pihak tertentu maka DEB itu diketepikan walaupun tempoh 20 tahun itu belum lagi tamat semasa itu. Sedikit demi sedikit orang bukan Melayu terutamanya generasi muda sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan menganggap itu sebagai ‘zero sum game’ yang hanya akan meletakkan negara kedalam apa yang disebut oleh ahli-ahli ekonomi (kononnya) pada hari ini sebagai negara yang terperangkap dengan kelembapan pembanynan ekonomi.

Pihak ini lupa yang semasa DEB dalam perlaksanaannya negara telah maju dengan kadar yang sangat memberangsangkan. Tidak guna perkembangan ekonomi negara terlingkung didalam angka peratusan yang tinggi jika ada pihak yang masih tercicir yang akhirnya membawa kemudharatan kepada keselamatan politik dan sosial negara.

Kepudaran hidup dalam keadaan hormat menghormati diantara puak-puak dan kaum-kaun negara amat jelas dirasakan. Perasaan cemburu diantara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ketahap yang membimbangkan.

Bak kata saya awal-awal tadi sikap cemburu diantara orang Melayu dengan bukan Melayu sudah dilihat secara terbuka; ibarat pergaduhan diantara isteri-isteri yang bermadu. Dasar dan fomula ‘equitability’ yang telah membawa banyak kebaikkan selama ini tidak lagi mampu dipertahankan oleh Najib yang dalam anolgy kita sebagai suami yang sudah tidak berlaku adil.

Najib hanya pandai berpura-pura diantara madu-madunya kerana kelemahannya sebagai ketua keluarga. Akhirnya Najib ini akan menjadi seperti Jamil didalam cerita Madu Tiga dalam mana Jamil telah dikejar oleh semua isteri-isterinya yang bermadu dan beliau terpaksa terjun keSungai untuk menyelamatkan diri dari serangan isteri-isterinya.

Kalau kita saksikan filem Tiga Abdul pula Najib yang sepatutnya menjadi Abdul Wahub, nampaknya hanya mampu untuk menjadi Sadik Sigaraga. Sadik Sigaraga akhirnya menjadi bankerap. Segala hartanya dan diri beliau sendiri terlelong kerana mendengar penasihat yang gilakan ‘commission’ dalam segala hal. Terlalu ramai penasihat yang memegang watak sebagai Kasim Pentalon disekeliling Sadik Sigaraga ini.

Dalam plot Tiga Abdul ini kita sedang menanti kedatangan watak Abdul Wahub yang bijaksana akan melakukan pembahagian harta yang adil dan saksama. Kita sudah jemu dengan kelakuan Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tidak pandai menjaga diri mereka, apatah lagi untuk menjaga harta benda untuk keluarga dan orang ramai.

Kita faham yang plot yang baik seperti kedatangan watak Abdul Wahub itu datangnya diakhir cerita filem itu. Apabila datang watak Abdul Wahub itu nanti akan amanlah keluarga yang besar itu tadi dari dipunah ranahkan oleh watak seperti Abduk Wahab dan Abdul Wahib serta watak Kasim Pentalon dan Sadik Sigara tadi.

Najib sudah tidak berdaya untuk menolak tuntutan isteri tua tadi dan membuatkan iateri muda yang baru hendak mendekati dan berjinak-jinak dengan pembangunan ekonomi sudah mula rasa terasing.

Maka madu-madu yang merasa terasing ini bertindak memperotes dengan menggunakan PERKASA untuk membuat tuntutan keadilan yang kita sama-sama lihat dan dengar sekarang ini.

Sampai bila perkelahian diantara madu-madu ini tidak siapa yang mampu untuk membuat telahan. Kalau pun ada telahan-telahan yang kita dengar ialah keluarga yang besar yang diketuai oleh najib ini akan berpecah belah dan membinasakan segala keutuhan yang kita semua telah merasakn dahulu.

Setakat ini, itulah yang menjadi telahan banyak pihak. Jika telahan ramai itu benar-benar akan berlaku, kita tidak boleh menyalahkan pihak lain. Kemungkinan besarnya kesalahan dan kekhilafan itu berada dipihak kita jika kita mampu melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri dengan jujur.

UMNO tidak boleh memandang PERKASA seperti musuh kerana kewujuddan badan NGO itu adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Kepada T Adnan, Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, elok kamu semua berfikir barang sejenak sebelum tidur; berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itu kata agama kita.

Setakad ini hanya PERKASA sahaja yang berani menimbulkan isu Melayu kerana UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkannya. Pemimpin yang terlalu kenyang selalunya tidak mampu untuk bekerja secara effektif lagi kerana berat badan yang terlalu berlebihan. Pemimpin UMNO seperti Najib dan Muhyiddin sudah ‘mati pucuk’ dalam perjuangan. Bak kata orang tua-tua dikampong saya, ‘ghoso eh ado, tapi kojo tak sudah’ (feeling horny but with no power).

Kepada Ibrahim Ali, teruskan perjuangan sehingga selesai. Jangan pula menjadi lemah apabila disorongkan jawatan besar oleh pihak-pihak yang tertentu dan meninggalkan PERKASA seperti yang saudara lakukan terhadap PAS yang telah memnyambung suara politik saudara sehingga keDewan Parlimen.

Kalau saudara berpindah randah lagi maka orang ramai akan meminta saudara membuka mulut lebar-lebar kerana hendak melihat lidah yang ada didalam mulut saudara itu jenis apa; lidah manusia atau lidah biawak.

Sekarang ini Ibrahim sedang manjadi sebutan ramai. Jangan bertukar haluan lagi. Suarakanlah suara Melayu yang adil dan berwibawa. Ibrahim, tinggalkanlah nama yang baik. Jangan memilih untuk meninggalkan harta dan pangkat yang besar. Kita pun bukannya muda lagi kan?

Kita masih ingat kata-kata ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ibrahim jangan meninggalkan belang. Tinggalkanlah nama.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.