Pasukan Kerajaan Langit hancur

Blog Anwar Ibrahim semalam (13 September 2010) menyiarkan pendirian Anwar agar “semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya.”

Ini sekaligus menghancurkan kumpulan calon-calon yang telah memulakan kempen awal dengan membuat pelbagai macam pengumuman dan sebagainya dengan memberi gambaran bahawa mereka mendapat restu dan malah ada yang mendakwa sebagai diarahkan oleh Anwar untuk bertanding.

Usaha mereka membina imej Kerajaan Langit yang mendapat wahyu terus daripada Anwar ternyata gagal. Justeru apa pula taktik seterusnya mereka?

Pada perkembangan lain, usaha Zaid Ibrahim untuk mendapatkan sokongan Khalid Ibrahim dengan memberikan syarat bahawa beliau hanya akan bertanding “jawatan itu” jika Menteri Besar Selangor tidak mahukan “jawatan itu” juga menemui jalan buntu. Ini kerana Khalid memberi sokongan kepada Muafakat Negeri Selangor yang mahukan Anwar-Azizah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden.

Namun pada hemat saya adalah amat dangkal untuk membandingkan usaha muafakat itu dengan musyawarah melantik Khalifah Rasulullah. Jika dimaksudkan ialah peristiwa Saqifah Bani Saidah, ia bukan suatu contoh yang baik.

Hakikatnya Khalid menolak semua yang lain, termasuk Zaid, yang mahu menjadi calon Timbalan Presiden.

Saya kira sudah sampai masanya kempen dijalankan dengan telus dan tulus. Tidak perlu dikaitkan dengan Anwar dan orang itu, orang ini. Tawarkan kepada anggota apa yang mampu anda lakukan. Biar anggota membuat penilaian dan memilih yang terbaik pada hemat mereka.


[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.