Kefahaman, keprihatinan tentang isu halal
Oleh - Dr Aminudin Mansor
Menangani isu halal, setiap umat Islam harus menanamkan kefahaman dan keprihatinan dalam hati dan diri masing-masing. Jika umat Islam kuat dan mantap dari segi akidah, ibadah dan akhlak serta faham dan prihatin terhadap isu halal dan haram, perkara ini tidak timbul.
Melalui pendidikan akidah dapat membersihkan rohani dan hati membentuk peribadi agar sentiasa memilih dan berkelakuan baik dalam kehidupan. Dari segi ibadah jika semua umat Islam faham dan prihatin tentang isu halal, iaitu dari segi penyediaan makanan, siapa yang memasak, tuan punya kedai sama ada orang Islam atau bukan Islam harus diteliti. Umat Islam yang berakhlak tidak mudah terpedaya dengan pekerja kedai, dan terpengaruh dengan logo palsu halal. Jauhi perkara yang meragukan
Usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyeragamkan hanya logo halal Jakim sahaja dibenarkan adalah sangat digalakkan dan memudahkan umat Islam dalam soal makan dan minum. Cadangan menaikkan kadar denda ka atas individu serta syarikat yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal sah juga perlu dikuatkuasakan.
Dilaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Perihal Dagangan 1972 bagi menaikkan kadar denda kepada individu atau syarikat korporat yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal. Penguatkuasaan mestilah dilaksanakan dengan denda secara terus supaya lebih berkesan.
Logo dan sijil halal yang sah perlu dipamerkan di tempat yang senang dilihat dan memudahkan pelanggan beragama Islam mengenal pasti restoran makanan halal. Jakim juga perlu menguatkuasakan penggunaan logo tidak halal, contohnya “makanan tidak halal bukan untuk orang Islam”. Juga wajar dipamerkan di kedai yang tidak halal.
Isu halal haram ini sebenarnya sudah berlanjutan dan masih belum mendapat keputusan jelas dan muktamad jalan penyelesaiannya. Sikap, kefahaman dan keprihatinan masyarakat Islam adalah sangat penting. Tanpa sikap ini sampai bila pun isu ini akan terus berlanjutan. Halal dan haram dalam Islam sangat jelas.
Dalam Islam, sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang meragukan dan tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan (hukumnya) maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
Sesungguhnya makanan yang dimakan itu akan menjadi darah dan daging. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Begitulah juga tiap tubuh yang tumbuh dari (makanan) haram maka api neraka lebih utama membakarnya. Ini semua diketahui umat Islam yang beriman.
* Penulis ialah penyair. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

No comments
Post a Comment