Kemerdekaan tulen belum lagi dikecapi
Rakyat Malaysia sebenarnya belum mengenali kemerdekaan sejati lagi dengan maksud merasa yang mereka betul-betul bebas dari sebarang bentuk penindasan.
Memang benar kita telah merdeka dari penjajahan tapi cuba perhatikan betapa banyaknya akta dan perundangan yang menyekat kita dari menyuarakan sesuatu yang berkaitan dengan kebebasan bersuara atau menyuarakan sesuatu yang kritikal pada pihak pemerintah.
ISA, OSA, Akta Kolej dan Universiti, dan Akta Darurat adalah sebahagian dari beberapa contoh akta yang tidak akan membenarkan kita menyuarakan sesuatu yang berbeda dengan pandangan arus perdana terhadap pihak pemerintah. Jika kita berani lagi maka besar kemungkinan kita akan didakwa dan dihukum.
Kemerdekaan yang kita nikmati sekarang tidak cukup lagi untuk menghapuskan bentuk-bentuk penindasan. Penjajahan ke atas rakyat tidak hilang dengan pengunduran kuasa kolonial Inggeris; masih ada lagi segelintir elit yang menindas rakyat. Sebagai contoh, adakah berpuluh-puluh bilion yang diperuntukkan bagi meningkatkan ekuiti orang Melayu sampai ke tangan mereka yang sepatutnya dibantu?
Proses mendapat kemerdekaan tulen memang penuh ranjau dan onak. Bagi negara Malaysia, meskipun kita telah merdeka dari pihak kolonial tapi belum lagi bebas dari belenggu pelbagai akta yang dikuasai oleh BN. Kita telah berada dalam pentadbiran BN (dulunya Perikatan) selama 53 tahun. Perjuangan untuk kemerdekaan tulen masih diteruskan oleh para pejuang dalam kelompok parti pembangkang dan NGO.
Rakyat Timur Leste berjuang selama lebih dari dua dekad untuk menghidu sedikit angin kebebasan sebelum mendapatnya. Rakyat Filipina melalui gerakan 'Kuasa Rakyat'nya telah menumbangkan rejim Marcos. Rakyat Indonesia harus menunggu selama empat dekad untuk merasa pilihan raya terbuka. Rakyat Myanmar masih berjuang daripada penindasan rejim junta tenteranya, dan banyak contoh lagi di merata tempat di dunia yang mana proses dan gerakan menentang penindasan tetap berjalan walaupun sistem kolonialisme dunia telah runtuh.
Jentera pentadbiran dikuasainya
Jika diteliti, gerakan yang ingin menentang dan menyisih pemerintahan zalim harus tersusun dan mempunyai kesedaran politik yang tajam untuk menyisihkan parti pemerintah selaku parti penindas. Parti pemerintah tidak akan mudah menyerah kalah. Parti pemerintah mempunyai kelebihan kerana menguasai serba serbi jentera pentadbirannya seperti tentera, polis, media, kehakiman dan wang.
Namun apabila tiba masanya rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah parti pemerintah, tiada satu kuasapun di dunia boleh menghalang impian mereka menjadi nyata.
Bagi Malaysia rakyat sudah lama di bawah pentadbiran BN -- tepatnya 53 tahun. Dalam tempoh itu banyak telah berlaku. Memang benar ada pembangunan material seperti banyak projek mega yang menelan berbilion-bilion ringgit, banyak universiti, banyak masjid, banyak kereta dan banyak pasar raya. Namun golongan mana yang sebenarnya memanfaatkan kejayaan negara?
Segelintir elit atau rakyat majoriti?
Yang pastinya, 22 orang bilioner telah menikmati sepenuhnya kekayaan negara. Bagaimana pula dari segi amalan demokrasi? Ramai yang yakin bahawa ia telah merosot.
Hak kebebasan merosot. Kuasa hanya tertumpu pada segelintir elit dan segelintir elit juga meraih kekayaan negara. Parlimen bagaikan tidak relevan dan menjadi pengiya saja (rubber stamp) dan peranan kehakiman, SPRM dan polis kerap menjadi sindiran sinis rakyat. Apa yang dapat disaksikan ialah satu jenis pembangunan yang tidak seimbang. Di kota lebih banyak pembangunan dari desa. Masalah sosial kian menular. Gejala demoralisasi (hilang semagat) dan tidak manusiawi dalam pelbagai bentuk turut meningkat.
Hiasan demokrasi begitu gemilang sedangkan isi demokrasi belum tentu wujud lagi.
Ada ciri yang tidak sihat wujud seperti segelintir elit hidup kaya raya sementara golongan majoriti rakyat hidup seada saja sedangkan negara begitu kaya dengan sumber ekonomi.
Hidup para pekebun getah, peneroka kelapa sawit, peneroka bandar, nelayan, buruh dan pekerja am masih susah dan taraf ekonomi mereka masih tidak banyak berubah. Banyak di antara mereka yang hidup ala 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang' pada zaman moden ini yang dibumbui inflasi dan kenaikan harga barang-barang keperluan asas.
Bagi mengubah kesenjangan sosial ini perlulah ada pentadbiran baru. Pentadbiran baru harus mengambil kuasa terlebih dahulu dari parti yang sedang memerintah itu. Kuasa diperlukan bagi mengolah semula struktur yang tidak seimbang itu, dan salah satu cara yang sah adalah melalui pilihan raya.
Parti pembangkang yang berdaftar bertekad jika tidak boleh menumbang BN kali ini, setidak-tidaknya dominasi BN dalam Parlimen harus banyak dikurangkan, yakni 2/3 majoriti harus terus dikurangkan. Bagaimanapun potensi untuk menumbang BN dihadkan kerana parti pembangkang turut sedar yang BN mempunyai penguasaan penuh di bidang wang, media dan jentera kerajaan, dan penguasaan ke atas ketiga-tiga bidang ini telah memberi kemenangan besar selama ini pada BN.
Merebut kerusi Parlimen
Namun dari satu segi lain kita dapati kemarahan rakyat telah merebak pada sebahagian besar penduduk. Kini sudah ramai telah marah dengan Najib Abdul Razak selaku pemimpin BN. Orang Melayu akar umbi di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dikatakan sudah banyak tidak tahan lagi dengan pentadbiran BN. Di segi kerusi Parlimen, negeri-negeri itu mempunyai 39 kerusi Parlimen.
Kalau nak diikutkan terdapat 100 kawasan kerusi Parlimen yang majoritinya adalah orang Melayu di seluruh Semenanjung. Apakah parti pembangkang dapat menawan sekurang-kurangnya 50% dari kerusi itu?
Sementara di kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti orang Tionghua di Semenanjung, terdapat sebanyak 25 kerusi. Apakah parti pembangkang melalui DAP boleh menguasai semua kerusi itu pada pilihan raya ke-13 nanti? Kalau boleh maka BN akan kehilangan banyak lagi 2/3 majoritinya yang selama empat dekad ia menikmatinya.
Tapi ini tidak semudah berlaku, kerana BN tetap akan membuat apa saja untuk mempertahankan status quo walaupun secara terkotor sekali mana pun. Sekarang ini saja dan dalam tempoh terdekat ini banyak habuan atau berita baik akan diberikan pada rakyat oleh BN semata-mata untuk melunakkan atau menyenangkan hati rakyat. Tunggu dan sabar akan banyak lagi 'santa claus' yang akan datang terjun dari helikopter BN! Kalau rakyat terperangkap dengan taktik ini BN mungkin meraih kemenangan yang lebih besar dari sebelum ini.
Bagaimanapun penerangan politik yang diberikan oleh parti pembangkang melalui ceramah politik dari masa ke semasa ini mungkin telah merubah pemikiran politik rakyat. Rakyat sudah mulai krtikal dan mulai insaf yang sudah masanya negara diberi peluang bagi parti pembangkang memerintah.
Perkembangan serantau seperti di Indonesia dan Timur Leste boleh memberi pengajaran meskipun keadaan dua negara itu berbeza dengan Malaysia, namun kehendak rakyat untuk mencari perubahan atau reformasi melalui referendum atau pilihan raya boleh dibuat. Rakyat kitapun boleh mencari reformasi melalui pilihan raya.
Lihat kesedaran politik yang disampaikan oleh parti pembangkang. DAP yang tak habis-habis membicarakan hal korapsi, kemerosotan hak demokratik rakyat dan PKR yang bertalu-talu menyuarakan isu-isu nepotisme dan betapa pembangunan negara yang tidak menguntungkan rakyat, kronisme dan korupsi yang menjadi amalan BN sementara PAS pula bukan saja mengimbau nilai-nilai Islam tetapi telah juga mengangkat isu sosio-ekonomi yang seharusnya menguntungkan rakyat majoriti atau golongan akar umbi.
Isu-isu yang dibangkitkan semuanya bertujuan rakyat mendapat perspektif sosial dan politik yang sudah tiba masanya negara perlukan pentadbiran baru, jika tidak akan bertambah hebat lagi proses BN memusatkan kuasanya, meningkatkan lagi kaedah penswastaan dan pengkorporatan yang tidak mesra atau memberi faedah pada rakyat majoriti.
Kesedaran politik sudah dipupuk dan seharusnya semangat untuk menuntut reformasi atau perubahan harus disusuli. Rakyat harus bertindak logik yakni memberi mesej jelas yang ia mahukan transformasi yang tuntas bukan setakat menjadi mainan retorik BN saja.
[Seterusnya]

No comments
Post a Comment