Laungan Reformasi Kini Diterjemah Dalam Bentuk Dasar, Program
PANDAMARAN 15 Sept - Slogan 'reformasi' yang dilaungkan oleh pimpinan, aktivis dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa perjuangan menegakkan keadilan ketika era reformasi pada 1998 tidak hanya bersifat retorik tetapi kini ia diterjemahkan kepada realiti dengan tertubuhnya pentadbiran Pakatan Rakyat di empat buah negeri termasuk Selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengakui merealisasi slogan kepada dasar dan program bukanlah suatu kerja yang mudah kerana reformasi yang dilaksanakan dan sistem pentadbiran oleh Pakatan Rakyat memerlukan semangat dan keyakinan tinggi apatah lagi rakyat tidak pernah dibiasakan dengan budaya dan agenda perubahan.
Namun atas inisiatif dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kepimpinan negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat, banyak program kebajikan berjaya dijalankan seperti di Selangor melalui program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.
Berucap di Majlis Hari Raya dan Wacana Permuafakatan Kepimpinan Bersama Kepimpinan KEADILAN di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, di Klang pagi semalam, Abdul Khalid menegaskan program yang diadakan membolehkan perbincangan berlaku antara lapisan pimpinan parti dengan ahli di peringkat akar umbi mengenai pemilihan yang bakal berlangsung November depan.
Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor.
"Parti Keadilan Rakyat merupakan satu-satunya parti di negara ini yang memperkenalkan pemilihan secara langsung, yang dianggapya sebagai satu kaedah yang akan menjadikan sebagai contoh sebuah parti yang demokratik kepada semua parti politik di negara ini.
"Jadi adalah penting pimpinan memikir dan mengambil perhatian terhadap pandangan dan saranan daripada anggota akar umbi kerana ia akan menentukan masa depan dan halatuju Parti Keadilan Rakyat," jelas beliau.
Turut hadir dalam program tersebut termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor merangkap Pengerusi MMKKNS, Syed Shahir Syed Mohamud serta kira-kira 100 pimpinan Cabang dan Ranting dari seluruh negeri.
Dalam pada itu Abdul Khalid menyokong cadangan gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN manakala jawatan Timbalan Presiden dipegang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Cadangan ini di bawa oleh MMKKNS serta mendapat dokongan Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.
Beliau berkata adalah penting KEADILAN mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi yang lebih penting adalah memastikan pemimpin yang berupaya dipilih.
Beliau mengibaratkan usaha MMKKNS sebagai satu bentuk musyawarah yang diadakan selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW oleh pengikutnya untuk memilih seorang pemimpin baru dengan tujuan mengelakkan saingan yang tidak sihat.

No comments
Post a Comment