Mahfuz cabar IGP baru isytihar PDRM bebas pengaruh KDN
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Tan Sri Ismail Omar membuat pendirian terbuka berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum bersara bahawa PDRM menerima tekanan dan campur tangan pihak ketiga khususnya Kementerian Dalam Negeri.
“Ketua Polis Negara yang baru dilantik dalam suasana Musa dakwa ada campur tangan dan arahan pihak lain ke atas pegawai PDRM,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata Ketua Polis Negara perlu menjelaskan pendiriannya sama ada dakawaan Musa berasas atau tidak.
“Jika berasas apakah tindakan lanjut yang akan beliau ambil untuk pastikan campur tangan pihak lain tidak berulang dan menjadikan PDRM bebas dari menjadi orng suruhan kepentingan politik seperti dakwaan Musa,” kata Mahfuz.
Soal Mahfuz, sekiranya (dakwaan) tidak benar, bersediakah Ismail membuat laporan polis ke atas Musa untuk disiasat dan diambil tindakkan kerana memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri dan PDRM sendiri yang dilihat menjadi “orang suruhan pihak lain.”
“Pernyataan pendirian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail sangat penting bagi meletak kembali kepercayaan terhadap PDRM sebagai institusi yang dipayungi raja-raja Melayu akan dihormati oleh semua pihak.
“Kegagalan Tan Sri Ismail menyatakan pendirian terhadap dakwaan Musa adalah merupakan permulaan kegagalan beliau sebagai Ketua Polis Negara kerana membiarkan institusi di bawah raja-raja terus dicabuli,” katanya lagi.
Pada 8 September lalu, Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan Musa mengenai wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha PDRm mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Mahmood Adam berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.
Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan PDRM menjalankan tugas dan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.
Mahmood berkata di peringkat kementerian, mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM.

No comments
Post a Comment