Rakyat sambut baik pemasyhuran Tengku Faris
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 16 Sept: Seluruh rakyat jelata menyambut baik pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa 13 September lalu.
Ini kerana rakyat bukan saja melihat pemasyhuran, pemilihan dan pelantikan itu kena pada tempatnya, tetapi juga merasakan ‘kemelut’ serta apa yang disifatkan sebagai ‘krisis’ kekeluargaan dalam institusi Kesultanan Kelantan sudah selesai.
Sabri Jusoh, 47, (kanan) dari Pasir Mas berkata seluruh rakyat kini merasa ‘lega’ dengan pemasyhuran itu.
“Bebanan rakyat selesai. Kini dalam negeri ini mereka sudah ada ‘paksi’ bagi meneruskan kelangsungan pemerintahan beraja di Kelantan.
“Memang semua orang gembira (dengan pemasyhuran itu) sebab ‘kemelut’ kini berakhir,” katanya.
Dengan pemasyhuran itu, katanya rakyat memberi sokongan penuh kepada Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra, lebih-lebih lagi melihat kepada latar belakangnya yang menaruh minat mendalam terhadap Islam.
Bahkan, katanya hubungan baginda dengan alim ulama serta pegawai tadbir di negeri ini rapat sejak dahulu khususnya ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Zulazhan Abdul Rahman, 40, dari Kota Bharu melahirkan rasa gembira dengan pemasyhuran Sultan Kelantan itu.
“Setahu saya, memang raja yang dahulu tidak sihat dan tidak boleh ‘mentadbir’. Jadi kita memerlukan raja untuk memerintah.
“Oleh itu pemasyhuran itu adalah tepat, akan dapat membawa paradigma baru kepada institusi raja di Kelantan dan pemerintahan negeri umumnya,” katanya.
Katanya, baginda selalu ‘turun padang’ bersama rakyat, mendengar dan merasa penghidupan rakyat akar umbi.
Mohamad Abdullah, 72, (kiri) dari Pasir Pekan berkata pemasyhuran dan pelantikan baginda itu elok sekali.
“Bagus dilantik sebab baginda orang yang kuat agama. Di mana nak cari dalam Malaysia orang seperti itu?
“Baginda selalu datang bersembahyang bersama rakyat di masjid termasuk Masjid Negeri, Masjid Muhammadi Kota Bharu selain turut bersembahyang sunat tasbih dan bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.
Katanya, baginda mudah bergaul dengan rakyat, dan segera menziarahi rakyat apabila mendengar kesusahan mereka terutama rakyat yang ditimpa kemalangan.
Setahunya, baginda sentiasa berpakaian ala alim ulama termasuk berjubah, dengan gaya ‘orang beragama’ terutama apabila datang bersembahyang di masjid atau hadir pada majlis dan upacara keagamaan.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negeri ini, marilah kita pakat patuh kepada pemerintahan baginda, mudah-mudahan negeri Kelantan berada dalam aman, makmur, manakala rakyatnya bahagia, aman sentosa dan sentiasa bertambah rezekinya lantaran diperintah oleh raja yang cenderung kepada agama Islam,” katanya.

No comments
Post a Comment