Pelabur Percaya PR, BN Perlu Serah Mandat

Pas mengucap tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana mendakwa bahawa pelabur tidak datang ke negara ini kerana percaya dakyah pembangkang. Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah ,menyerahkan madat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini

PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi Kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filifina, Thailand dan Singapura.

Alhamdulillah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mampu untuk menarik pelabur luar contohnya di Kedah pada tahun 2009 sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut,pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Alasan yang paling lucu yang keluar daripada Tun Dr Mahathir ialah kerana pelabur luar tidak ada wang untuk melabur.

Pas mengingatkan kepada pemimpin BN seperti Datuk Husni dan Datuk Mukhriz, pelabur tidak datang ke negara ini ada sebab-sebab lain, yang perlu dimuhasabah oleh semua pemimpin di negara ini. Pelabur yang hendak datang ke negara ini, bukan pelabur dalam skim “Pak Man Telo”. Mereka mempunyai pakar-pakar pelaburan dan mengkaji tentang keberangkalian serta prospek pelaburan yang lebih kondisif. Macam mana pelabur hendak datang, kalau perjanjian yang jelas menyebut royalti kepada negeri yang ditemui minyak dicabul. Mereka pun risau apa pula jaminan pelaburan mereka, kalau dengan rakyat sendiri pun dilanggar perjanjian. Mereka gerun melihat video klip peguam V.K, Linggam drama dalam sistem perundangan. Pencabulan terhadap mandat rakyat di Perak semuanya menggerunkan pelabur. Indeks rasuah pula sampai sekarang tidak dapat diatasi, malahan semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah). Yang ditangkap ialah ikan bilis, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah Pegawai kerajaan jerung politik terlepas.

Kesemuanya ini adalah faktor-faktor yang menjauhkan pelabur untuk ke negara kita yang tercinta ini. Jika keadan ini berterusan berlaku, kenyataan Datuk Idris Jala yang mengatakan negara akan bangkrap pada tahun 2019 bukan satu perkara yang mustahil. Oleh kerana masa masih belum terlambat, BN pun sudah tidak mampu untuk menguruskan ekonomi maka eloklah serah, sebelum parah kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan bagi kesejahateraan rakyat dan negara.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.