48 calon KEADILAN serah borang pencalonan

SARAWAK: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 selesai hari ini dengan menyaksikan
semua 48 calon KEADILAN bagi 48 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon masing-masing pagi tadi.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memaklumkan, tiada seorang calon dari KEADILAN yang khianat dan
boleh dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

“Setakat jam 11.45 pagi tadi, semua calon serah borang penamaan (pencalonan).

“(Bermakna) Tiada seorang pun yang khianat dan boleh dibeli oleh BN, Syabas!” kata Rafizi dalam laman sosial
facebooknya.

Rafizi berkata, lengkapnya penyerahan borang pencalonan di kesemua DUN terbabit, bermakna BN akan dicabar
KEADILAN di kesemua tempat untuk pertama kalinya pada PRN Sarawak 16 April ini.

“Setakat ini tiada calon BN menang tanpa bertanding.

“Khabar angin calon KEADILAN bankrap juga tidak betul. Semua calon bertanding,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.