Anak muda Sarawak bakal bawa kemenangan Pakatan Rakyat

KUCHING: Srikandi KEADILAN menjalankan gerak kerja intensif bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak pada pilihan raya kali ini, kata Ketuanya, Siti Aishah Shaikh Ismail.

Dalam kenyataan media, beliau berkata, BN menggunakan pelbagai taktik kotor sepanjang kempen tetapi pihaknya mendapati reaksi rakyat terhadap calon KEADILAN, PAS dan DAP.

“Kami turut menerima respon luar biasa dari anak muda Sarawak yang komited untuk melakukan perubahan.

“Antara isu yang ditimbulkan ialah ketidakadilan kerajaan BN lantaran gagal menyelesaikan masalah pengangguran, selain kekayaan luar biasa Tan Sri Taib Mahmud.

“Golongan anak muda bertekad untuk menamatkan pemerintahan BN,” kata Siti Aishah.

Beliau berkata, kira-kira 30,000 pengundi baru berdaftar pada pilihan raya kali ini dan memudahkan laluan calon Pakatan Rakyat untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Srikandi percaya, pengundi muda Sarawak amat signifikan dan memberi impak besar. Kami berusaha sedaya upaya mengajak seramai mungkin anak muda untuk mengundi calon Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau menyeru pengundi yang berada di luar Sarawak kembali ke Bumi Kenyalang atau menghubungi mana-mana ejen dan perayu undi Pakatan Rakyat pada hari pembuangan undi.

“Ayuh, buatlah keputusan bijak demi masa depan anda dengan memastikan memangkah setiap calon Pakatan Rakyat. Cukuplah pemerintahan rejim Taib yang korup selama 30 tahun. Taib Mahmud mesti undur,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.