Benarkah DBP rosak sejak Aziz Deraman jadi Ketua Pengarah?

Oleh Arif Ahmad

Membaca tulisan Hamas Yassin dalam Harakah 21-Mac-2011 yang bertajuk Angkara siapa DBP rugi lebih RM200 juta ? dapatlah difahamkan bahawa Hamas Yassin mengatakan penswastaan lima bahagian penting yang menjadi nadi kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada Dawama berlaku semasa Datuk Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah DBP


Hamas Yassin mengatakan juga Kamarulzaman Shahruddin, Azah Wahab, Isa Safuan dan Abu Bakar Muhammad adalah pegawai-pegawai DBP yang turut bertanggungjawab dalam merugikan DBP kerana konsensi DBP dengan Dawama itu ialah konsensi buluh kasap dengan pangkal hilang hujung lesap atau nama lain lagi bagi konsensi itu ialah konsensi dua penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang yang mengira pitih dalam gua dengan pembahagiannya 80 kali Dawama ambil, 20 kali DBP ambil dan 20 kali DBP ambil kena bayar macam-macam lagi.

DBP sejak Aziz Deraman menjadi ketua pengarah dari tahun 1994 sampai 2004 seperti ditulis oleh Hamas Yassin itu telah menyebabkan DBP sekarang ini turut berkubur di sebelah kubur lama yang berhantu berdekatan dengan DBP. Tidak ada seorang tokoh penulis sekarang ini yang mahu berkunjung ke DBP seperti zaman Datuk Hasan Ahmad menjadi ketua pengarah DBP dengan banyak tokoh penulis di DBP pada masa itu.

Apabila Aziz Deraman menjadi ketua pengarah DBP, tokoh-tokoh DBP semacam Zakaria Ariffin, Safian Husin, Rahim Abdullah, Hamzah Hamdani, Syed Jaafar, Ayob Yamin dan banyak lagi memilih keluar dari DBP tanpa diketahui sebab-sebabnya. Ketika itu khabarnya tokoh DBP yang masih tinggal iaitu Anwar Ridhwan juga terpaksa membawa diri ke Jepun dan menjadi professor pelawat di universiti Jepun selama beberapa tahun dan bila pulang ke DBP semula, beliau mendapat tekanan dari pihak Aziz Deraman sekali lagi sehingga beliau tidak dapat membuat keputusan untuk mengenal pasti pelapis yang berwibawa untuk menjadi penyambung dalam menjalankan tugas-tugas penting di DBP, iaitu bahasa, sastera dan penerbitan.

Dua tiga orang yang ada potensi sebagai pelapis ketika itu turut disekat peluang kenaikan pangkat mereka sehingga lapan hingga sembilan tahun mempunyai ijazah pertama dan selepas itumemppuunyai ijazah kedua baharulah mereka dinaikkan pangkat oleh Aziz Deraman ke pangkat asas orang yang mempunyai ijazah pertama.

Tokoh yang tidak meninggalkan DBP seperti Abdul Ahmad yang menjadi tempat rujukan pensyarah dan pelajar universiti dan orang DBP langsung tidak diberikan peluang kenaikan pangkat oleh Aziz Deraman dan akhirnya beliau pencen dengan gred 41 sahaja. Abdul Ahmad menurut kenalan di DBP langsung tidak pernah menjejak kaki ke DBP sejak pencen dengan gred yang dihinakan kepadanya.

Semasa Aziz Deraman menjadi ketua pengarah selama 10 tahun, lebih 20 orang pegawai kanan dan pakar dalam bidang bahasa dan sastera dan penerbitan telah memilih untuk bersara awal dari berkhidmat di DBP. Mereka memilih bersara awal kerana mereka bosan dan meluat dengan sikap Aziz Deraman yang membina kelompok dan kroni.

Sewaktu berkunjung ke DBP sewaktu Aziz Deraman masih menjadi Ketua Pengarah DBP, terdengar cakap-cakap tentang Aziz Deraman lebih suka orang perempuan dari orang lelaki menjadi ketua bahagian. Lima bahagian di Jabatan Bahasa yang semuanya ada tujuh bahagian, ketuanya adalah orang perempuan. Tujuh bahagian di Jabatan Sastera pula enam orang perempuan menjadi ketua bahagiannya dan pangkat-pangkat untuk bukan ketua bahagian juga banyak dipilih orang perempuan.

Satu lagi cara Aziz Deraman memilih orang lelaki yang layak dinaikkan pangkat ialah orang yang suka menjilat dan mengampunya. Banyaklah penjilat dan pengampunya dinaikkan pangkat kerana Aziz Deraman sangat suka orang menjilat dan mengampunya. Orang yang ada SPM dan STPM sahaja turut dinaikkan gerd 41 dan berpuluh-puluh orang yang ada ijazah pertama menggigit jari melihat tidak adilnya Aziz Deraman melayakkan mereka-mereka itu dinaikkan pangkat tanpa ternampak mereka itu betul-betul istimewa dalam bahasa dan sastera untuk dinaikkan pangkat begitu.

Cara Aziz Deraman melayakkan dan tidak melayakkan pekerja DBP naik pangkat dan tidak naik pangkat menyebabkan pekerja DBP yang berpangkat ialah orang perempuan dan orang lelaki yang pengampu. Ketua-ketua bahagian yang banyak orang perempuan hanya berpakaian cantik datang dan pulang kerja mengikut waktu pejabat sahaja dan tidak ada idea besar untuk memajukan bahasa dan sastera kerana ciri perempuan sendiri memang tidak suka mengambil tindakan yang boleh mendatangkan risiko kepada mereka. Asal suami tidak membuat perangai yang liar sudah bahagialah mereka di pejabat dan bermesyuarat dengan Aziz Deraman dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian.

Pengampu dan penjilat lelaki yang tidak ada ilmu bahasa dan sastera hanya terus mengampu kerana untuk membentang kertas kerja dalam seminar, ceramah dan berbincang perkara besar dengan tokoh-tokoh bahasa dan sastera di universiti seperti Anwar Ridhawan, Zakaria Ariffin, Syed Jaafar, Abdul Ahmad dan banyak lagi, mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu memanggil Tan Seri, Datuk, Profesor, Doktor dan sebagainya yang dijemput dating ke Dewan dan melayan orang bergelar itu seperti bell boy di hotel yang menerima kedatangan pelangan hotel ke hotel mereka.

Begitulah yang penulis tahu kira-kira sembilan sepuluh tahun lalu dan Aziz Deraman waktu itu dengarnya hampir hendak pencen dan yang tinggal sebagai penyair besar DBP masa itu hanyalah Aziz Deraman yang juga menjadi tokoh sastera dan tokoh bahasa yang besar.

Penulis tidak tahu betul dan salahnya cerita yang didengar itu dahulu dan patut juga disiasat bagi mensahihkannya supaya yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan supaya DBP kembali dihormati seperti zaman kegemilangan Datuk Hassan Ahmad menjadi ketua pengarah dahulu.

Banyaknya tulisan tentang DBP dalam Detik Daily, Harakah, Sasiah yang mengatakan DBP bankrap, pegawai kanan DBP tidak ada yang pakar, pengurusan yang lebih besar dari fungsi utama DBP dan daif tentang fungsi utama DBP, kenaikan pangkat yang tidak adil dan hanya memilih orang yang rapat dan disukai pengurusan sahaja sebagai layak dinaikkan pangkat sepatutnya diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia dengan menyuruh pegawai-pegawainya yang jujur menjalankan penyiasatan kerana DBP di bawah Mahyuddin Yassin lebih parah dari DBP di bawah Hisamuddin Tun Hussein. DBP yang kecil pun tidak dapat diuruskan oleh Mahyuddin, bagaimana Mahyuddin hendak diserahkan oleh Najib untuk mengurus negara yang lebih besar dari DBP?

DBP yang nyawa-nyawa ikan sekarang ini dengan kerugian 200 juta haruslah ditanggung segala dosa itu kepada Aziz Deraman sebagai ketua pengarah eksekutif yang apabila diberikan kuasa dan amanah kepadanya telah mengkhianati kuasa dan amanah itu di DBP dan kepada pekerja DBP yang dijual kepada DAWAMA sehingga ada beberapa orang mereka hilang kelayakan pencen yang hanya beberapa bulan sahaja lagi sepatutnya layak mendapat pencen.

Hamas Yassin juga sepatutnya tahu alim seseorang itu bukan pada panjang doa yang dibacanya dan tinggi songkoknya dan solatnya sajaha kerana seseorang umat Islam itu mestilah dilihat pada pelaksanaan tugasnya apabila seseorang Islam itu diberikan kuasa dan diamanahkan kuasa kepadanya untuk melaksanakannya kerana sekrang ini banyak musang berbulu ayam.

No comments

Powered by Blogger.