Ekonomi berkembang selari prinsip Maqasid syariah di bawah nasihat Anwar
SHAH ALAM: Pemilihan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri Selangor merupakan pilihan tepat berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor berkembang 6.1 peratus berbanding defisit yang dicatatkan pada 2009.
Di bawah kepimpinan Anwar selaku penasihat ekonomi juga, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha melaksanakan program-program yang selama ini sentiasa bermatlamat menjaga harta dan keturunan rakyat, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang digariskan dalam Islam.
“Fasa Satu dan Dua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilaksanakan sejak Jun 2008- program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja ladang dan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata demikian sewaktu berucap merasmikan seminar Maqasid Syariah Pembangunan Ekonomi Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini.
Beliau seterusnya berkata, fasa ketiga yang bermula tahun ini mempunyai fokus untuk membantu usahawan melalui Skim Kredit mikro dengan peruntukan RM50 juta, serta membantu penduduk luar bandar melalui Skim Kredit Mikro Miskin Bandar dengan peruntukan RM20 juta.
Malah, kebajikan wanita turut mendapat perhatian kerajaan Selangor yang memperuntuk RM1 juta melalui Skim Kesihatan Wanita untuk membantu mereka membuat pemeriksaan kanser payudara secara percuma, kata Khalid.
Menurutnya, pemilihan Anwar selaku penasihat ekonomi negeri Selangor, juga berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau ketika menerajui ekonomi negara satu ketika dahulu.
“Beliau pernah dianggap Menteri Kewangan terbaik dunia oleh majalah AsiaMoney dan Euromoney semasa menjadi Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan dahulu,” katanya.

No comments
Post a Comment