Kes Sarbani: Inkues hanya jika ada keraguan, kata Najib

SUNGAI BULOH, 10 April — Inkues bagi menyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed hanya akan diadakan jika laporan polis menunjukkan adanya unsur keraguan daripada kematiannya.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 16 orang.

Oleh itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan perlu menunggu siasatan polis berhubung kes itu.

Beliau mengulas desakan beberapa pihak supaya sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kes Sarbani yang ditemui mati terjatuh di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, di Jalan Cochrane di sini Rabu lalu.

Bagaimanapun minggu lalu Najib berkata kerajaan tidak bercadang mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu walaupun insiden itu berlaku di premis SPRM, sebagai mana kes Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.