Kes Teoh: Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat

Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini.

Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain.

No comments

Powered by Blogger.