Mahukah Najib panggil PRU awal?

Segalanya telah selesai di Sarawak. Taib Mahmud yang berjanji akan melepaskan jawatannya sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kira-kira jam 1040malam tadi setelah BN sah memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ada seorang pengulas menyebut bahawa tsunami yang diramalkan melanda bumi Sarawak akhirnya sekadar pukulan ombak. Benar Pakatan Rakyat gagal menafikan dua pertiga majoriti BN apalagi membentuk kerajaan baru kerana sekadar berjaya memenangi 18 kerusi iaitu 12 DAP dan 3 PKR, tetapi siapakah yang sebenarnya kalah?

Katalah apa sahaja tapi bagi saya pencapaian Pakatan Rakyat sesungguhnya sangat membanggakan kerana dari 7 kerusi (DAP 6 PKR 1) dalam PRU lalu kini PR bangkit meningkat lebih 100 peratus dengan memenangi 18 kerusi. Walaupun berhadapan dengan perlbagai rintangan, fitnah video lucah, fitnah Raja Petra, ugutan, politik wang dan kekurangan logistik dan kewangan namun PR boleh meningkatkan pencapainnya.

Ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng contohnya meraih majoriti terbesar apabila menang dengan lebihan 8827 undi di Bukit Assek. Wong memperolehi 13527 undi berbanding calon BN 4700 dan Bebas 180 undi.

Malah majoriti BN di DUN Beting Maro, satu-satunya kersui yang PAS punya prospek berjaya dikurangkan dari 895 undi dalam PRU lalu ke 391. Dalam PRU lalu calon PAS memperolehi 1901 undi manakala kali ini calon PAS diberikan 2678 undi (tambah 777 undi). BN dari 2796 ke 3069 kali ini (tambah cuma 273 undi). Bermakna walaupun anak sulong PAS tidak berjaya dilahirkan lagi malam tadi tetapi jelas ia semakin hampir.

Soal yang hangat diperkatakan sekarang adalah apakah Najib akan panggil PRU awal?

Benar BN kembali berkuasa tetapi pencapainnya merosot. Kalau dahulu pengundi Cina dikatakan bangkit menyokong PR khasnya DAP, kali ini mereka bukan sekadar mengulanginya malah mengulanginya dengan lebih berani dan besar lagi. Begitu juga pengundi Iban, Dayak dan Melayu semakin selesa mengundi PR berbanding dengan PRU lalu, ini terbukti apabila PKR berjaya memenangi dua kerusi majoriti bukan Cina iaitu di Ba’Kelalan dan Kerian.

Jika dalam PRU lalu kemenangan 6 calon DAP dan 1 calon PKR di Sarawak telah membangkitkan tsunami merobohkan kemegahan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU Umum 2008 tidak mustahil kemenangan 18 kerusi kali ini akan menggegagrkan bumi Semenanjung dengan skala yang lebih besar lagi.

Saya yakin Najib kini teragak-agak untuk meneruskan cita-citanya.

Tahniah dan syabas kepada calon-calon PR yang menang, kepada yang tewas, syabas juga kerana anda telah membuktikan yang BN Sarawak bukan lagi seekor gergasi yang tidak boleh disentuh. PR Sarawak mesti bekerja lebih kuat lagi kerana angin perubahan itu tetap ada cuma belum sampai masanya lagi.

Ayuh kita tunggu bagaimana rentak Najib seterusnya.

http://n32.blogspot.com/2011/04/mahukah-najib-panggil-pru-awal.html

No comments

Powered by Blogger.