Misteri makhluk ganjil di sungai Britain

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0407/Kosmo/Dunia/du_04.1.jpg

BENTUK satu makhluk ganjil yang dilihat terapung di Sungai Parrett di bandar Bridgwater, Britain pada Isnin lalu.

BRIDGWATER, Britain - Ratusan penduduk kebingungan apabila mereka melihat satu makhluk ganjil terapung di Sungai Parrett di bandar ini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ramai di antara mereka melihat kelibat makhluk itu dari sebuah jambatan pada Isnin lepas di bandar tersebut yang dihuni hampir 34,000 orang.

Penduduk kini membuat spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut sama ada ia penyu, ikan lumba-lumba atau bangkai babi.

Terdapat beberapa orang yang melihat makhluk itu mengesyaki ia merupakan kacukan penyu dan babi.

Ada yang menganggap makhluk ganjil itu mungkin batu dan seekor anjing.

Spekulasi mengenai identiti makhluk tersebut juga dibincangkan di laman Twitter.

Seorang penduduk, Coral Pople memberitahu sebuah akhbar tempatan: "Saya sudah berada di sini selama 45 minit. Setiap orang menyatakan makhluk itu adalah seekor penyu tetapi pada pandangan saya ia kelihatan seperti seekor babi."

Menurut seorang lagi penduduk, Andrew Coles, dia berpendapat terdapat seseorang yang melompat ke dalam sungai dan khabar angin yang didengarinya menyatakan satu mayat berada di dalam sungai tersebut.

Makhluk itu dilihat tidak bergerak dan terapung di sungai tersebut dekat dengan pusat bandar ini.

Seorang jurucakap polis menyatakan pihaknya memang mengetahui terdapat sejumlah besar orang mengerumuni jambatan tersebut untuk melihat makhluk ganjil itu.

Anggota-anggota polis meninggalkan jambatan itu selepas mereka melihat makhluk itu tanpa mengambil sebarang tindakan. - Agensi

2 comments

PYB said...

tak puas baca entry ni sbb tak banyak gambar untuk melihat sendiri apakah bentuk makhluk yg d maksudkan

Krongthip Mahalakorn said...

Di Malaysia lagi banyak makhluk ganjil korang perasaan tak?
Cuba fikir dan teliti betul2. Meh, aku bagi tau sesetengahnya:-

1. Datuk 3 sTooges
2. Kay Pi Enn dan kuncu-kuncunya
3. Es Pi Ar Emm
4. Es pi Ar
5. Puak Utusan
6. Ar Tee Emm
7. Puak TV 3 1/4
8. Papa Gomo
9. Parpukari
10. MiM
11. Dll. Korang fikirlah sendiri
pulak.Puak2 ni dahsyat
ganjilnya.

Powered by Blogger.