Sultan Selangor gantung gelaran Datuk Kong Choy
KUALA LUMPUR, 10 April — Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy yang kini berhadapan dengan tuduhan mahkamah berkaitan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Baginda turut menggugurkan gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Berhad, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis pada 29 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan dihadapi Chan, bekas menteri pengangkutan, adalah serius memandangkan ia berkaitan dengan kepentingan awam.
Gelaran itu akan digugurkan jika Chan disabitkan kesalahan, kata beliau lagi.
Chan, bekas ahli Parlimen Selayang, menerima gelaran itu pada 2003.

No comments
Post a Comment