Suriati tetap bertanding DUN Balingian – Anwar

KUCHING: KEADILAN hari ini menegaskan parti itu tetap bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian walaupun diajak untuk tidak meneruskan saingan di kerusi yang disandang Ketua Menteri, Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada sidang media hari ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menolak andaian dan spekulasi, kononnya calon kerusi berkenaan, Suriati Abdullah akan menarik diri.

“Memang kami dipelawa calon Bebas, Datuk Salleh Japaruddin untuk merundingkan kerusi kawasan itu. Salleh mencadangkan supaya hanya dia yang bertanding satu lawan satu dengan Taib Mahmud.

“Salleh juga ada menyatakan komitmen untuk menyokong Pakatan Rakyat.

“Tetapi, selepas perbincangan di Mukah, ditambah pula dengan sokongan akar umbi, KEADILAN memutuskan untuk meneruskan saingan,” katanya sambil menyatakan rundingan itu dimulai pihak yang mewakili Salleh.

Sebelum ini, Baru Bian menyatakan Suriati tetap bertanding sebagai calon DUN Balingan dan meminta semua pihak menolak khabar angin kononnya KEADILAN menarik diri daripada bertanding kerusi itu.

Saleh adalah sepupu kepada Taib Mahmud dan merupakan ahli politik veteran di Sarawak. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

1 comment

azman kamarul said...

Kepada semua pemimpin PR..tolong jangan percaya kepada mana-mana pihak yang berada di luar kandang PR ketika ini.

Nanti PR kena sembelih hidup-hidup.Mungkin mereka sedang merancang untuk memberi kemenangan percuma kepada firaun kecil mat taib.

Powered by Blogger.