Terdesak untuk menang pilihan raya, Najib sensasikan video fitnah
SIBU: Tindakan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mensensasikan video fitnah hanya bertujuan menjejaskan tumpuan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung ketika ini.
Anwar dalam sidang media di Sibu semalam berkata, Najib kian tertekan untuk mempertahankan kerajaan BN di Sarawak dan sengaja memainkan isu video fitnah itu tanpa memikirkan kesannya.
“Datuk Najib hanya hanya fikir pasal seks. Najib tak buat apa-apa yang dia tahu hanya seks, seks dan seks. Tindakannya itu amat memalukan dan mengguris hati dan perasaan anak-anak dan isteri saya,” kata Anwar yang merujuk kes fitnah liwat yang dilemparkan terhadapnya kali kedua dan video seks fitnah yang juga bertujuan membunuh kerjaya politiknya.
Dalam sidang media itu, beliau turut menerima penyertaan kira-kira 100 anggota baru KEADILAN.
Seorang anggota yang baru sertai KEADILAN ketika ditemui berkata, antara faktor penyertaan kerana kegagalan Rejim BN Sarawak pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelesaikan masalah tanahnya yang berlarutan bertahun-tahun, seperti dilapor Malaysiakini.
Pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 16 April ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Pakatan Rakyat kini sedang merancakkan lagi kempen bagi menawan Sarawak dalam usaha membuktikan tsunami pilihan raya 2008 di Semenanjung, akan melanda Sarawak 16 April ini.

1 comment
suruh lah najib ingat kenangan dia di PD beberapa tahun lepas. Atau dia teringat kembali kisah iut..
Post a Comment