Felda gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000-Anak
KUALA LUMPUR: Akibat kegagalan Felda mengurus tadbir dengan baik, sekitar 80,000 peneroka seluruh negara menanggung bebanan hutang sehingga mencecah RM150,000 setiap peneroka, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Menurutnya, antara sebab bebanan hutang terpaksa ditanggung peneroka berikutan kelambatan proses tanam semula yang gagal diselenggara dengan baik oleh Felda.
“Penyelenggaraan oleh Felda gagal diuruskan dan tidak berjalan dengan sempurna kerana di sesetengah tempat proses penanaman semula tergendala sehingga dua tahun.
“Peneroka yang terlibat dengan kerja tanam semula akan menanggung hutang dipanggil pinjaman sara hidup yang akan diberikan oleh Felda setiap bulan sehingga tanam semula membuahkan hasil, kalau tanaman kelapa sawit akan memakan masa lebih kurang tiga tahun.
“Felda akan berikan pakej antara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan yang boleh dipilih oleh peneroka. Ada yang ambil RM1000, RM1200 dan maksimum RM1500.
“Jika tanam semula lambat, mereka akan ditanggung dengan hutang yang bertambah besar,” katanya ketika sidang media menyerahkan memorandum aduan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di sini hari ini.
Kata beliau, bebanan hutang yang semakin menimbun terhadap peneroka ditambah pula dengan kadar faedah sehingga mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata peneroka tersebut yang sudah berumur.
“Setiap hutang dikenakan terhadap peneroka mempunyai kadar faedah yang tinggi iaitu 6.25% setiap tahun yang tidak pernah berubah.
“Saya difahamkan kenyataan Tun Ghaffar Baba pada 1984 menjelaskan bahawa kadar faedah yang dikenakan itu kerana Felda mempunyai hutang dengan bank dunia. Tetapi hutang sudah selesai pada 1996, namun faedahnya tidak berubah sehingga ke hari ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekesalannya terhadap ‘peraturan baru’ Felda di bawah Pengerusi barunya, Tan Sri Isa Samad yang tidak membenarkan sesi soal jawab dan dialog diadakan ketika mengadakan lawatan di tanah-tanah rancangan Felda.
“Daripada dulu lagi Felda mengikat peneroka dengan perjanjian, peneroka boleh persoalkan terhadap Felda, tetapi apa yang dicakap pastinya ditentang dan mengakui hanya Felda sahaja yang betul.
“Paling buruk adalah zaman Isa kerana tidak benarkan sesi dialog peneroka dengan pihak Felda. Dua tiga hari lepas, Isa ada datang melawat beberapa kawasan Felda, tetapi peneroka tidak dibenarkan bertanya atau sesi dialog. Mereka hanya boleh mendengar sahaja, dan ini membuatkan penderitaan peneroka semakin teruk kerana tiada tempat untuk mengadu,” ujarnya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha’ani Abdullah memberi jaminan akan memanjangkan memorandum aduan tersebut kepada Felda supaya bebanan peneroka dapat diselesaikan.
“Segala masalah yang ada aspek hak asasi manusia boleh diadukan kepada Suhakam. Dalam hal ini melibatkan pencarian nafkah dihalang, kelemahan tanaman semula oleh agensi yang bertanggungjawab.
“Pengurusan yang lemah diuruskan oleh Felda, kerja lewat tanam semula bukan salah peneroka tetapi agensi yang menguruskan peneroka. Kami akan adakan lawatan ke Felda dan kawasan tersebut supaya penjawat awam tidak mengambil tindakan sambil lewa tentang tugasan mereka.
“Kami akan panjangkan usul ini supaya dapat menyelesaikan masalah peneroka yang semakin dihimpit hutang,” kata beliau.

No comments
Post a Comment