Nyawa keluarga saya terancam, kata Anwar
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nyawa beliau dan keluarganya terancam ekoran beberapa siri insiden termasuk yang terbaru melibatkan anaknya, Nurul Izzah yang menerima SMS berbaur ugutan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menegaskan, insiden yang melibatkan kereta Mercedes Benz juga membuktikan lagi dakwaan tersebut.
Awal minggu lalu pemandu Anwar mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.
Abdullah Sani Said, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350.
Ekoran insiden itu, Abdullah Sani telah membuat laporan polis.
Tegas Anwar, mekanik yang memeriksa kenderaan itu memberitahu sistem brek yang diusik adalah satu perbuatan sabotaj.
“Saya tidak mahu buat laporan polis sehingga mekanik itu membuat satu keputusan hitam putih dan dia memberitahu saya ia adalah satu perbuatan sabotaj.
“Bila sudah dapat laporan itu baru kita buat laporan polis, nyawa (isteri saya Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) terancam... mungkin tujuan itu pada saya, tapi isteri saya (jadi mangsa),” katanya pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam tadi.
Dr Wan Azizah merupakan Presiden PKR.
Insiden terbaru, kata Anwar melibatkan anak sulungnya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menerima mesej SMS, yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Anwar.
Kata Nurul Izzah, individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu.
Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui.
Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri karier politik ayahnya.
“Kelmarin Nurul Izzah buat laporan polis kerana terima mesej ugutan yang mengatakan kalau beri sokongan kepada saya, anaknya akan diculik... cucu saya akan diculik seperti Sharlinie.
“Ini mesej politik... bolehkah politik seperti ini? Saya, Wan Azizah dan Nurul Izzah diugut... pada mula Nurul Izzah tidak peduli bila ada orang hubungi tapi bila dapat mesej baru dia buat laporan polis,” tegas Anwar.
Nurul Izzah telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi kelmarin.
Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan.

No comments
Post a Comment