Azmin: Pakatan boleh rampas Putrajaya jika pun PRU-13 bulan ini
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berkeyakinan untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) jika pun ia dipanggil bulan ini.
Kata Azmin , sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat parti perikatan itu tetap berkeupayaan menumbangkan BN.
Sambil merujuk kepada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak agar pilihan raya umum diadakan tahun depan, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, “pada pilihan raya umum akan datang Pakatan Rakyat akan menumbangkan BN dengan kuasa yang ada pada rakyat.”
“Sama ada pilihan raya umum diadakan pada bulan ini... bulan depan... tahun ini atau tahun depan, saya nak katakan di sini Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya daripada BN.
“Oleh sebab itu. kita harus bergabung tenaga, bekerja dalam satu pasukan, ini bukan untuk mempertahankan individu tapi sistem yang dapat mengangkat martabat rakyat dan negara,” kata beliau.
“Tapi ia tidak mudah, kita harus bekerjasama, bersatu hati dan beriman kepada Allah... insya-Allah dengan kesungguhan ini bukan hanya Selangor dapat kita pertahankan, tapi Putrajaya akan jadi milik rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor membidas kenyataan Najib yang menggesa Umno negeri untuk menggunakan apa sahaja “senjata” yang dimiliki untuk merampas negeri dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.
“Perdana Menteri kata guna apa jua cara, Umno mesti rampas Selangor... saya nak tanya apa maksud rampas itu? (Beri) rasuah, (ugut) bunuh, sogokan atau rampas?
“Kalau kenyataan itu datang dari ketua cawangan Umno saya faham tapi ini datang dari Perdana Menteri, pemimpin ini tidak faham demokrasi?” katanya.
Awal bulan ini, Najib menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

No comments
Post a Comment