Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?
http://www.blogger.com/img/blank.gif
by Dr. Dzul
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya ( merujuk kepada laporan Malaysiakini yang disertakan). Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini?
Ini jawapan ringkas saya kepada beberapa soalan yang diminta saya jawab. (Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga – Harakahdaily)
Mengapakah PM Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?
Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi yang berpanjangan. Ianya menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif.
Betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekaligus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan.
Apakah yang membeza pendekatan dan dasar Pakatan dari Barisan Nasional?
Saya simpulkan secara mudah perbezaan utama kami ialah dengan kata kunci “Political Economy” atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini. Political Economy bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan eokonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan ‘seminal’ Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara “Political Economy” begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848). Tokok kontemporari bidang ini di negara kita ialah Prof Jomo Sundram dan Prof Terrence Gomez. Justeru ketika kami berhujjah bahawa tidak akan dapat direalisasikan peralihan dan transformasi ekonomi selagi tidak berlaku reformasi politik, kami jelas dengan pendekatan kami, cuma BN macam buat-buat pekak sahaja.
Tegasnya ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes” atau dengan kata lain mudahnya “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan ‘Reformasi Politik’. Sebaliknya bagaimana “Transformasi Ekonomi” akan gagal dihambat oleh “Kekangan Realiti Politik”.”
Ini pendekatan kami dan amat ketara kalau dibaca dari muka awal dalam “Dasar Bersama Pakatan Rakyat”. Secara khususnya, di muka surat 21, dalam 10 program 100 Hari Program Buku Jingga. Program 1 (reformasi institusi kritikal SPRM, SPRM, Jabatan Peguam Negara, MCMC, PDRM dll) dan program 2 (bersabit dgn pemansuhan undang drakonian ISA, OSA dll) dari 10 program 100 hari Buku Jingga. Program 1 dan 2 semacam tidak ada hubung-kait langsun dengan ekonomi tetapi menyangkut langsung dengan aspek reformasi politik dan perundangan.
Keyakinan kami tatkala demokrasi berfungsi ia akan mengembalikan keyakinan, kewibawaan dan integriti kepada institusi-institusi kritikal dalam negara sekaligus mewujudkan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam pentadbiran yang baik atau ‘good-governance’, maka kegiatan ekonomi dan pelaburan akan dapat dirancakkan dalam satu eko-sistem yang menggalakkan (enabling environment).
Ini akan serentak mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan pemacuan daya-saing melalui peningkatan produktiviti dan inovasi. Produktiviti pula mesti dipacu oleh peningkatan tahap pendidikan dan kebebasan berkarya dan bermula dengan mengiktiraf martabat pendidiknya. Sebab itu program 5 penting ( dari hal imbuhan guru dan tenaga pengajar dalam semua bidang hingga ke peringkat tinggi)
Bukankah itu juga yang hendak dilakukan ETP, EPP dan Model Ekonomi Baru kerajaan BN?
Pada kami, ETP atau Program Transformasi Ekonomi dan EPP Najib adalah satu lagi usaha raksaksa seperti apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai ‘massive Pump-Priming atau Mengepam Ekonomi berskala besar” sekali lagi dengan perbelanjaan besar (G-factor) dan juga kesanggupan untuk berhutang besar yang ditanggung oleh kerajaan. Hingga kini sudah 70 projek mega diumumkan dengan pelaburan RM106 bilion.
Yang jelas bagi kami, ia pusingan kedua Pelaburan Besar kerajaan dalam Infra-struktur dalam era Najib. Kononnya dikatakan Pelaburan Swasta akan berperananbesar tetapi MRT, contohnya diwawarkan sebagai pelaburan swasta oleh Najib awalnya, akhirnya semua ada dibiaya kerajaan. Sekarang Perkasa pun hendak juga diberikan projek ini.
Bukanlah susah sangat nak pacu pertumbuhan 6% setahun kalau berani berbelanja besar dan teruskan dengan ‘pump-priming’ oleh kerajaan, sebab KDNK kita pun lebih kurang RM700 bilion dan kalau kita berbelanja RM70 bilion sudah10% KDNK.
Tetapi persoalan yang ditanya dan diprtikaikan oleh pakar ekonomi ialah di mana Model Ekonomi Baru (NEM) nya? Di mana contoh ‘keterangkuman’ atau pendekatan ;inclusivity’nya dan Suruhanjaya Peluang Saksamanya (EOC)?. Juga ada yang bertanyakan bagaimana pula pendapatan per kapita akan dapat ditingkatkan dalam sebuah ekonomi yang punya pertumbuhan tinggi? Zaman Tun Mahathir-Daim, pertumbuhan lagi tinggi, hampir 1 dekad dengan 8-10% tetapi mengapa kita masih terperangkap dalam ‘middle-income trap”. Mungkin lebih penting dari itu ialah, Apakah akan semakin jauh jurang pendapatan yang kaya dan miskin. 40% warga kerja atau lebih 11 juta warga kerja punya pendapatan kurang dari RM1500 sebulan dan apakah ini akan dapat ditangani? Hanya 20% pula warga kerja yang punya pendidikan tertiari dan punya ketrampilan atau ‘skilled’.
ETP dan EPP tidak akan merubah dan meningkatkan apa-apa yang signifikan kepada rakyat. Yang jelas bagi kami sepereti yang ditegaskan oleh pakar ekonomi termasuk Bank Dunia, bahawa ekonomi Malaysia masih terperangkap dalam fenomena ‘perangkap pendapatan-sederhana’ dan jurang pendapatan yang terus melebar?
Apakah kesedaran ini yang menjadikan Najib terus tertekan?
Betul, pada saya tepat. Sebab Najib ada NEM atau MEB tetapi tidak boleh dilaksanakan kerana konsep dan matlamat dalam MEB bertentangan dengan Perkasa dan kelompok Ultra-Melayu dalam UMNO sendiri. Ketuanan Melayu Umno tidak dapat membenarkan “keterangkuman” atau Inclusivity” contohnya yang berlawanan dengan ‘affirmative action’ berdasarkan kaum.
Ada konsep yang baik dalam MEB tetapi takut untuk dilaksanakan. Ini telah dikritik oleh tokoh-tokokh ekonomi seperti Allahyarham Dr Zainal Aznam dan Professor Mohd Arief bekas Pengarah MIER.
Tetapi kami dalam Pakata Rakyat tidak ada kekangan seperti itu, sebab dasar-dasar kami kami diputuskan bersama dalam muakat politik Pakatan. Lihat sahaja Dasar Bersama Pakatan. Dasar adalah penting dan dasar menentukan matlamat dan program. Kemudian baru datang isu ‘delivery’ atau penghantaran. Ini ditentukan oleh efisiensi jentera ‘delivery’, ‘tiris’ atau tidak.
Tetapi Najib semacam tak ada MEB hanya ETP dan EPP. Baru-baru ini Najib telah membubarkan think-tank yang mewujudkan MEB/NEM (yakni NEAC).
Kenapa Najib serang Buku Jingga dengan tuduhan Muflis atau negara akan bankrap?
Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap.
Tetapi seluruh prgram 100 Hari kami itu kalau dilaksanakan tak sampai pun menelan RM19 bilion. Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan Pusat dan GLCs yang mencecah 60% KNDK dan terus meminjam lagi. Tahun ini kerajaan akan mewnerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan koupon bon yang telah matang. Bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga. Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan.
Apa contoh program 100 Hari yang boleh diterangkan?
Saya ambil tentang cadangan pengambilan semula aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
Kami cadangkan pengambilan semula PLUS. Kami tahu jumlah pendapatan atau kutipan PLUS setiap tahun RM2.2 bilion. Pampasan dari kerajaan pula RM800 juta. Jumlahnya RM3bilion. Kos operasi dan pengurusan PLUS adalah RM720 juta.
Pada asalnya pegangan kerajaan melalui KWSP dan Khazanah ialah 65% dengan 35% pegangan minoriti yang sebahagian besarnya ialah milik pengurus dana asing.
Hujung tahun lalu, kami mencadangkan pengambilan balik oleh kerajaan dalam Buku Jingga, sekarang ini, pada bulan Julai akan datang segalanya akan dimilikki oleh kerajaan 100%. Urusan kesemua perkara atau ‘exercise’ ini tidak akan menelan lebih dari RM7bilion. Nah, pada hujung Julai PLUS bakal milik kerajaan dan tol boleh dihapuskan dengan rakyat mendapatkan menafaatnya. Ini adalah satu contoh program Buku Jingga!
Pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat (Rakyat-Centred)– memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara kami mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya-saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem ‘delivery’. Kami bukan ‘tidak mesra bisnes’, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara. Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor “The Road to Reform” (2010) adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi “Political Economy” kami secara ilmiah.
Kami bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi mempastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat – antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan “pendapatan boleh berbelanja-disposable income” yang tidak ditelan oleh inflasi. Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata.
Kita mendekati perkara ini dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan ‘Fiqh Al-Awlawiyyat’. Nak bina Menara Warisan ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas (essential services) dengan harga yang munasabah (affordable) – air, tenaga, pengangkutan- lebuhraya, perumahan, pendidikan dan kesihatan. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.
Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega – mutakhir keretapi laju ke Singapura, dulu Bakun – yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya (no takers), dll. Sebabnya untuk kroni jadi bilionaire dan jutawan segera! Impak kewangan, hutang dan alam sekitar bukan perhitungan utama bagi mereka. Yang penting angka pertumbuhan di pacu!
Kami juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan Federalisme yang lebih demokratik. Bukan seperti yang ‘rompakan’ yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian atau ‘sanctity of contract’ yang menakutkan pelabur asing dan tempatan.
Kalau Najib nak tahu samada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama!

No comments
Post a Comment