Mat Sabu mahu Majlis Syura dinaik martabat, diberi kuasa audit

Oleh G Manimaran dan Latifah Kasmuri


GOMBAK, 5 Jun — Mohamad Sabu hari ini mengesyorkan agar Majlis Syura yang dianggotai golongan ulama dinaikkan martabatnya supaya sayap itu mempunyai kuasa audit dan pengawasan mendalam terhadap prestasi barisan kepimpinan pusat yang dipilih perwakilan.

Timbalan presiden baru PAS itu melahirkan pandangan ini ketika timbul tanggapan bahawa perwakilan kumpulan ulama sudah terhakis di peringkat eksekutif parti susulan proses pemilihan kali ini.

“... kita menaikkan martabat Majlis Syura Ulama pada masa sekarang dan masa-masa akan datang supaya Majlis Syura boleh ada kuasa audit ke atas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat supaya ada elemen urus tadbir dapat diadakan dalam parti,” kata Mohamad ketika menggulung perbahasan sebelum berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-57 petang ini.

Pada pemilihan kali ini Mohamad menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad dilihat sebagai wakil kumpulan profesional. Begitu juga peratusa perwakilan kumpulan profesional di peringkat ahli jawatankuasa kerja pusat di mana hanya satu pertiga merupakan kumpulan ulama.

Calon yang menang kerusi naib presiden iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Paduka Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar juga dilihat sebagai golongan profesional.

No comments

Powered by Blogger.