Ketua Polis Negara Berangkat Menunaikan Haji
Doakan Kesejahteraan Kami! – YDH Ketua Polis Negara
SEPANG, 18 Okt – YDH Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga PDRM sepanjang pemergian beliau ke Tanah Suci, Kota Mekah kali ini.
Beliau bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati bt. Haji Md. Sobri telah berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada hari ini dengan diiringi oleh ACP Mohd. Fuad bin Abd. Latif, Timbalan Ketua Trafik Pasukan bersama isteri.
No comments
Post a Comment