PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik. BN Sabah Bergelora!

 http://img267.imageshack.us/img267/1646/najibsabah300x202.jpg

Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian.

Fazy, Sahir, FMT

Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul.

Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan.

Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian.

“Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya.

“Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti,” katanya.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

admin kerabu bersuara: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya." (Hadis Riwayat Tarmizi)




http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/431738_10151076364706510_348856751_n.jpg

Political tsunami in Sabah is real, refer to picture

No comments

Powered by Blogger.