Pengai Hodoh Kerajaan Umno Kepada Rakyat Kelantan

Projek naik taraf Jalam Kota Bharu-Kuala Krai tidak dibatalkan

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan tidak pernah membatalkan pelaksanaan projek menaik taraf jalan persekutuan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sebaliknya projek itu ditangguh sementara bagi membolehkan kerajaan menilai semula skop, spesifikasi dan kos projek berkenaan, katanya.

"Kerajaan berpandangan cadangan harga kontrak yang pihak kontraktor tawarkan untuk laksanakan projek itu secara "design and build" amatlah tinggi iaitu RM1.6 bilion untuk jajaran sepanjang 77 kilometer.

"Berdasarkan perancangan semula, cadangan projek menaik taraf jalan Kota Baharu-Kuala Krai akan diberi keutamaan dan pertimbangan oleh kementerian untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Projek itu merupakan sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Pahang ke Kelantan dengan cadangan menaiktaraf Jalan Kota Bharu-Kuala Krai yang diluluskan secara prinsip pada 2008. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121017/dn_27/Projek-naik-taraf-Jalam-Kota-Bharu-Kuala-Krai-tidak-dibatalkan#ixzz29YHOnUVN
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments

Powered by Blogger.